Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Arab Saudi hulur bantuan AS$1.2b kepada Yaman

Aug 02, 2023 | 02:06 PM



RIYADH: Arab Saudi, yang telah mengetuai pakatan tentera selama bertahun-tahun di Yaman, mengumumkan pada Selasa geran AS$1.2 bilion ($1.6 bilion) untuk membolehkan negara yang dilanda perang itu, memulihkan ekonominya.


Dana tersebut akan membantu pemerintah Yaman menangani defisit belanjawannya, membiayai gaji kakitangan awam dan “memastikan keselamatan makanannya terjamin”, kata agensi media Saudi.

Ansuran awal sebanyak $250 juta dijangka diberikan pada Rabu, kata seorang pegawai Yaman yang tidak mahu namanya disiarkan kerana beliau tidak diberi kuasa untuk memberi taklimat kepada akhbar.

“Dana ini akan membantu mengurangkan tekanan ke atas ekonomi Yaman... kami sangat mengharapkan ini,” kata Menteri Kewangan, Encik Salem bin Brik semasa majlis menandatangani perjanjian di Riyadh.

Pegawai Saudi berkata bahawa mereka tidak mempunyai pilihan apabila, pada 2015, mereka membentuk pakatan tentera dan menghantar jet pejuang untuk menyokong pemerintah Yaman menentang pemberontak Houthi yang disokong Iran.

Para pemberontak telah merampas ibu kota Yaman Sanaa dan kemudian maju ke selatan, memaksa presiden Yaman untuk melarikan diri ke Riyadh.

Tetapi, kumpulan hak asasi manusia telah lama mengkritik pakatan itu kerana ia menyebabkan ramai orang awam terkorban.

Sebuah badan bebas, Projek Data Yaman, menyatakan bahawa lebih 28 peratus daripada 25,054 serangan udara pakatan itu adalah terhadap sasaran bukan tentera.

Ini termasuk kilang swasta dan milik negara, prasarana pengangkutan, pemasangan air dan elektrik, sekolah serta kawasan kediaman.

Namun, pertempuran telah berkurangan secara mendadak sejak gencatan senjata yang diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikuat kuasa pada April 2022, walaupun ia telah luput pada Oktober.

Bagaimanapun, lebih daripada dua pertiga rakyat Yaman bergantung kepada bantuan untuk terus hidup, di negara yang merupakan paling miskin di semenanjung Arab meskipun sebelum perang meletus.

Utusan khas PBB di Yaman, Encik Hans Grundberg, berkata pada Jun bahawa “perang ekonomi” antara pihak yang bertentangan telah menambahkan masalah negara.

Pada akhir 2022, serangan dron Houthi ke atas terminal minyak yang dikendalikan pemerintah telah menyebabkan eksport hidrokarbon – sumber pendapatan utama Yaman – terpaksa dihentikan.

Pemerintah yang disokong Arab Saudi, diketuai oleh lapan anggota Majlis Pimpinan Presiden yang diumumkan di Riyadh sejurus selepas gencatan senjata bermula.

Pemerintah Yaman bergelut untuk membiayai perkhidmatan asas dan membayar gaji.

Encik Rashad al-Alimi, yang mengetuai Majlis Pimpinan Presiden, berkata sokongan baru Saudi “untuk belanjawan am negara, sekali lagi mengesahkan kedudukan terhormat pemerintah dan komitmen untuk menyokong rakyat Yaman, kesahihan perlembagaan dan mengurangkan penderitaan mereka”. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >