Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Arab Saudi jangka kes virus melonjak ke 200,000: Menteri

Apr 8, 2020 | 4:32 PM
Gambar yang diambil pada 26 Mac 2020 ini menunjukkan papan iklan dengan kata-kata Stay Home (Duduk Rumah) di jalan raya utama King Fahad yang lengang di Riyadh selepas kerajaan Arab Saudi melaksanakan perintah berkurung 11 jam di serata negara.
Gambar yang diambil pada 26 Mac 2020 ini menunjukkan papan iklan dengan kata-kata Stay Home (Duduk Rumah) di jalan raya utama King Fahad yang lengang di Riyadh selepas kerajaan Arab Saudi melaksanakan perintah berkurung 11 jam di serata negara. - AFP

RIYADH: Menteri Kesihatan Arab Saudi pada Selasa (7 April) memberi amaran akan kenaikan besar dalam bilangan kes koronavirus mencecah 200,000 dalam beberapa minggu akan datang, lapor media negara. Amaran itu dibuat sehari selepas kerajaan itu melanjutkan tempoh perintah berkurung harian di beberapa bandar, termasuk ibu negara Riyadh, ke 24 jam dalam usaha mengurangkan penyebaran virus itu. "Dalam beberapa minggu akan datang, kajian meramalkan bilangan jangkitan paling sedikit 10,000 dan paling banyak 200,000," kata Saudi Press Agency, menukil Menteri Kesihatan Tawfiq al-Rabiah. Encik Rabiah, yang memberi amaran kerajaan menghadapi "masa kritikal" dalam peperangan mengatasi virus itu, berkata ramalan tersebut berdasarkan empat kajian oleh pakar Saudi dan antarabangsa. Arab Saudi sejauh ini melaporkan sejumlah 2,795 jangkitan dan 41 kematian akibat penyakit itu. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg