Arab Saudi mengumumkan penutupan semula di Jeddah, pintu masuk untuk semua jemaah masuk ke Makkah dalam usaha mengekang Covid-19 daripada tersebar semula.
Kementerian Kesihatan Arab Saudi dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, keputusan itu diambil selepas meneliti keadaan epidemiologi dan kadar tinggi pesakit di bahagian rawatan rapi, menurut laporan AFP.
Kerajaan negara itu memutuskan untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang ketat di bandar Jeddah selama dua minggu.
Langkah itu termasuk perintah berkurung dari jam 3 petang hingga 6 pagi, penangguhan solat di masjid dan perintah duduk di rumah untuk pekerja sektor awam dan swasta di bandar Laut Merah.
Selepas pelonggaran perintah berkurung pada Mei lalu, kementerian itu mungkin mengenakan semula langkah ketat di Riyadh selepas ia menyaksikan peningkatan berterusan dalam tempoh beberapa hari.
Arab Saudi mengumumkan 96,000 jangkitan koronavirus dengan 642 kematian, tertinggi dalam kalangan negara Teluk.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg