Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Arab Saudi melonggarkan perintah sekatan; restoran, lapangan terbang kembali dibuka

Jun 1, 2020 | 4:00 PM
PELONGGARAN PERINTAH SEKATAN: Seorang lelaki dilihat merentasi beberapa kedai di kota suci Makkah semalam (31 Mei) selepas Arab Saudi melonggarkan perintah sekatan pergerakan ke atas rakyatnya, yang dilaksanakan bagi mengekang penularan koronavirus.
PELONGGARAN PERINTAH SEKATAN: Seorang lelaki dilihat merentasi beberapa kedai di kota suci Makkah semalam (31 Mei) selepas Arab Saudi melonggarkan perintah sekatan pergerakan ke atas rakyatnya, yang dilaksanakan bagi mengekang penularan koronavirus. - - Foto: AFP

RIYADH: Restoran dan kedai kopi di Arab Saudi telah membuka semula pintu mereka kepada pelanggan setelah penutupan lebih dua bulan sebagai sebahagian daripada langkah pemerintah mengekang pergerakan rakyatnya demi mencegah penularan koronavirus.

Laman berita Arab News hari ini melaporkan, pembukaan semula ini dilakukan sebagai sebahagian daripada fasa kedua negara itu, seperti yang diumumkan pada 26 Mei lalu, untuk menyambung semula kegiatan ekonomi agar kehidupan secara beransur-ansur kembali normal.

Fasa kedua pelonggaran perintah berkurung dan meningkatkan masa yang dibenarkan bagi orang untuk keluar sehingga 14 jam sehari, dan membenarkan penyambungan semula penerbangan domestik.

Lapangan Terbang Arab Saudi menyambut kepulangan pesawat dan penumpang di tengah-tengah langkah berjaga-jaga yang ketat untuk mengatasi penyebaran koronavirus.

Penguasa Umum Penerbangan Awam (GACA) semalam membuka 11 dari 28 lapangan terbang negara itu sebagai langkah untuk memulihkan keadaan ekonomi dan kegaiatan sehari-hari.

Semua penerbangan dan cara perjalanan antara bandar Saudi dihentikan pada 21 Mac lalu.

Sementara itu, lebih 90,000 masjid di seluruh Arab Saudi dibersihkan dan dibasmi kuman sebagai persiapan mengakhiri perintah sekatan koronavirus.

Jemaah dilihat memakai pelitup, mematuhi jarak selamat agar berjauhan sejauh dua meter, membawa tikar sembahyang sendiri dan mengambil wudhuk di rumah.

Skrin televisyen di dalam masjid memaparkan arahan bertulis, termasuk perlunya menjaga jarak selamat dari yang lain untuk mencegah penyebaran Covid-19.

Dalam pada itu, di Baitulmakdis pula, ribuan anggota masyarakat Islam dilihat mula berkumpul seawal 3:30 pagi di luar tiga pintu masuk masjid ketiga paling suci di dunia, Masjid Al-Aqsa.

Tanpa mengira usia, baik lelaki mahupun wanita, ramai dilihat menggunakan kamera telefon mereka, melantunkan lagu-lagu nasyid sementara menunggu masa untuk bersembahyang buat pertama di masjid itu sejak perintah sekatan dilaksanakan kira-kira dua bulan lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg