Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Arab Saudi meterai perjanjian tenaga lebih murah di Greece

Jul 28, 2022 | 07:45 AM



ATHENS: Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengumumkan projek dua hala termasuk kabel untuk menyediakan Eropah dengan "tenaga boleh diperbaharui yang lebih murah"dalam lawatannya ke Greece.



Beliau mendarat di Greece kelmarin dalam lawatan pertamanya ke Eropah sejak pembunuhan wartawan Arab Saudi Jamal Khashoggi, dan akan ke Perancis lewat minggu ini.



"Saya percaya kita mempunyai... peluang bersejarah, bahawa kita akan memuktamadkan banyak perkara hari ini.



"Ini termasuk menghubungkan grid elektrik untuk "menyediakan Greece dan Eropah barat dengan... tenaga boleh diperbaharui yang jauh lebih murah, melalui Greece," kata Putera Mohammed di sidang media bersama Perdana Menteri Greece, Encik Kyriakos Mitsotakis, di ibu negara Athens.



Kementerian Luar Greece berkata perjanjian pengangkutan maritim, tenaga dan teknologi pertahanan antara lain dijangka ditandatangani semalam.



Lawatan Putera Mohammed ke Eropah kurang dua minggu selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Encik Joe Biden, melawat Jeddah untuk sidang puncak pemimpin Arab dan bertemu dengan Putera Mahkota itu.



Agensi perisikan Amerika merumuskan bahawa Putera Mohammed, pemerintah de facto Arab Saudi, telah meluluskan operasi yang membawa kepada kematian Khashoggi, walaupun Riyadh menafikannya.



Kehadiran Putera Mohammed di Eropah dilihat sebagai "langkah yang sangat simbolik melepasi pengasingan beliau dalam isu Khashoggi," kata Dr Kristian Ulrichsen, seorang penyelidik di Institut Baker dari Universiti Rice.



"Walaupun belum ada sebarang penyelarasan dasar rasmi di 'Barat' terhadap Mohammed bin Salman sejak 2018, hakikatnya beliau tidak pernah melawat mana-mana negara Eropah atau Amerika Utara sejak pembunuhan Khashoggi," kata Dr Ulrichsen.



Selepas pencerobohan Russia ke atas Ukraine yang mencetuskan lonjakan harga tenaga awal tahun ini, Arab Saudi mendapat tekanan daripada Amerika dan Eropah untuk mengeluarkan lebih banyak minyak.



Kenaikan harga minyak telah menjadi faktor utama dalam inflasi di Amerika melonjak ke paras tertinggi dalam 40 tahun, memberi tekanan kepada pentadbiran Encik Biden menjelang pilihan raya penggal pertengahan akhir tahun ini.



Arab Saudi dan jirannya, Amiriah Arab Bersatu (UAE), yang juga antara segelintir pengeluar terbesar dengan kapasiti tambahan, sebelum ini menolak permintaan Barat untuk mengeluarkan lebih banyak minyak mentah bagi meredakan ketegangan harga sebelum tersekat pada pakatan bekalan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (Opec)+ dengan Russia dan negara lain.



Bekalan tenaga mungkin akan menjadi agenda sekali lagi apabila Putera Mohammed ke Perancis, walaupun kerajaan Saudi mungkin tidak akan mengubah kedudukannya dalam pengeluaran minyak.



Minggu lalu Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, menemui Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al-Nahyan, di Paris dan mengumumkan perjanjian antara gergasi tenaga Perancis Total Energies dan syarikat minyak negara UAE ADNOC "untuk kerjasama dalam bidang bekalan tenaga". - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >