Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Arab Saudi rancang bina bangunan terbesar di dunia

Jul 30, 2022 | 05:30 AM



JEDDAH: Arab Saudi merancang membina bangunan terbesar di dunia di kawasan terpencil di negara itu sebagai sebahagian daripada pembangunan baharu bernilai AS$500 bilion ($693 bilion).



Putera Mahkota Saudi, Putera Mohamed bin Salman, ketika mengumumkan Isnin lalu berkata bahawa sebahagian besar reka bentuk struktur The Line dilengkapi permukaan bercermin kaca, menjulang pada ketinggian 500 meter di atas paras laut - lebih tinggi daripada bangunan Empire State di New York.



Projek Neom itu cetusan idea Putera Mohammed yang menyasarkan untuk menempatkan gabungan ruang kediaman, runcit dan pejabat merentasi pantai Laut Merah ke kawasan padang pasir.



Ia kini dalam proses membina penempatan futuristik dan pintar dengan struktur berbentuk linear atau lurus, The Line, sepanjang 170 kilometer khusus untuk menempatkan sembilan juta penduduk, yang dilengkapi bangunan pencakar langit berkembar terpanjang di dunia, mencecah 120 km dikenali sebagai Mirror Line.



Line, sebuah bandar moden mampan sangat pintar, akan dibina secara berperingkat dan mengikut permintaan.



Neom ialah rancangan Putera Mohammed yang diumumkan pada 2017 untuk menjadikan kawasan terpencil di negara itu kepada negeri separa autonomi berteknologi tinggi, bebas kenderaan.



Ia sebahagian daripada rancangannya untuk menarik pelaburan asing dan membantu mempelbagaikan ekonomi Arab Saudi daripada bergantung kepada hasil minyak.



Sebahagian daripada keuntungan kewangan Arab Saudi daripada harga minyak yang lebih tinggi mungkin akan digunakan bagi menampung pembinaan projek berkenaan.



Reka bentuk Mirror Line membabitkan penglibatan utama syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Morphosis Architects dengan kerjasama sembilan konsultan kejuruteraan dan reka bentuk lain.



Pada ketika ini, sehingga 25 Julai 2022, jumlah populasi Saudi yang direkodkan sudah menghampiri angka 36 juta penduduk, iaitu seramai 35,928,770 orang. Ini bermakna tidak semua rakyat Saudi berpeluang menetap di The Line.



The Line merupakan sebahagian daripada infrastruktur yang terdapat dalam pembinaan projek mega bandar raya pintar futuristik, Neom - menjadikan kawasan padang pasir sebesar negara Belgium itu sebagai zon penempatan manusia masa depan berteknologi tinggi, pintar dan mesra alam, lapor Bloomberg.



Selain The Line, empat lagi pembangunan mega yang bakal dibina membentuk Neom terdiri daripada Neom Bay, Aqaba Region, Neom Mountain dan Neom Industrial City.



Diumumkan pada 2017, Neom merupakan projek mega utama Putera Mohammed yang sedang dibina di Wilayah Tabuk, di barat laut Arab Saudi, dijangka siap sepenuhnya menjelang 2030. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >