Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Arden: Perbezaan antara NZ, China semakin sulit untuk didamaikan

May 04, 2021 | 05:30 AM



WELLINGTON: Perbezaan antara New Zealand dan rakan dagangan utama, China, menjadi lebih sukar untuk didamaikan sedang peranan China semakin meningkat dan berubah-ubah, kata Perdana Menteri Jacinda Ardern, semalam.



Pandangan itu timbul selepas New Zealand berdepan dengan tekanan dari beberapa pihak di kalangan sekutu Barat atas keberatannya untuk menggunakan perikatan keselamatan dan risikan 'Five Eye's untuk mengkritik Beijing.



Dalam ucapannya di Sidang Puncak Perniagaan China di Auckland, Cik Ardern berkata, terdapat perkara-perkara yang mana China dan New Zealand, "tidak akan, tidak boleh dan tidak bersetuju", tetapi menambah, perbezaan ini tidak menentukan perhubungan mereka.



"Ia tidak akan melepasi perhatian sesiapa di sini bahawa peranan China di dunia semakin berkembang dan berubah, perbezaan antara sistem kita - dan kepentingan dan nilai yang membentuk sistem-sistem ini - menjadi sukar untuk didamaikan," kata Cik Ardern.



"Ini adalah satu cabaran yang kita, dan banyak negara lain merentasi rantau Indo Pasifik, dan juga di Eropah dan rantau-rantau lain, juga berdepan cabaran ini," tambahnya.



Dalam ulasan yang menimbulkan beberapa reaksi di kalangan sekutu Barat, Menteri Ehwal Luar New Zealand, Cik Nanaia Mahuta berkata bulan lalu, beliau tidak selesa untuk meluaskan peranan 'Five Eye', yang merangkumi Australia, Britain, Canada dan Amerika Syarikat.



China, merupakan rakan dagang terbesar New Zealand, menuduh Five Eyes menekan China dengan mengeluarkan kenyataan mengenai Hong Kong dan layanan buruk terhadap etnik Muslim Uihgur di Xinjiang.



Cik Ardern berkata, New Zealand akan terus membincangkan isu berkenaan secara individu dan juga melalui rakan sekutunya.



"Menguruskan hubungan dengan China tidak selalu mudah dan tidak ada jaminan," katanya.



China terbabit dalam perbalahan diplomatik dengan Australia dan mengenakan sekatan perdagangan selepas Canberra melobi untuk diadakan inkuiri antarabangsa mengenai asal usul wabak Covid-19.



Beijing menafikan sekatan itu adalah satu bentuk tindak balas, dengan menyatakan pengurangan import produk Australia adalah keputusan pembeli sendiri.



Cik Ardern pula berkata, bagaimana China melayan rakan-rakannya adalah sangat penting.



"Kami berharap China juga melihat perkara ini dalam kepentingan utamanya untuk bertindak di dunia dengan cara yang sesuai selari dengan tanggungjawabnya sebagai satu kuasa yang semakin meningkat, termasuk sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)," katanya.



Dalam satu perkembangan lain, New Zealand bersetuju untuk membuka kembali gelembung perjalanannya dengan Australia Barat, 24 jam selepas tiga orang di Perth disahkan positif Covid-19.



Pegawai kesihatan berkata, selepas berunding dengan rakan mereka dari Australia, mereka menentukan risiko New Zealand tidak signifikan dan penerbangan disambung semula esok.



Namun, sesiapa yang pernah berada di lokasi yang terdedah dan dikenal pasti oleh pemerintah Australia Barat, tidak boleh melakukan perjalanan ke New Zealand dalam tempoh 14 hari.



Ketua Pengarah Kesihatan, Encik Ashley Bloomfield, berkata walaupun risiko kesihatan awam dianggap rendah, semua orang harus waspada ketika menikmati peluang perjalanan bebas tanpa kuarantin ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >