Argentina dilanda gempa, tiada kecederan

WASHINGTON: Satu gempa bumi sekuat 6.2 pada skala Richter melanda barat laut Argentina pada Ahad (13 Nov), lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), tetapi tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan.

Gempa itu, pada kedalaman 100 kilometer, melanda sejurus selepas 10 malam waktu Singapura kira-kira 16 batu ke utara bandar Chilecito di wilayah La Rioja.

Penduduk kampung melaporkan ia dirasai di wilayah berjiran dengan Catamarca, Tucuman dan Cordoba. Penguasa seismik Argentina juga melaporkan tentang tiga gempa bumi kecil pada Ahad.

Gempa berhampiran sempadan Chile itu menyusuli gempa sekuat 6.4 di tengah Chile awal bulan ini. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:02
Zuhur
1:08
Asar
4:34
Maghrib
7:13
Isyak
8:28
3 HR PSI: 28
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.