LONDON: Pelakon Hollywood Kevin Spacey sedang berdepan dengan tuduhan melakukan serangan seksual di Britain, kata polis kelmarin, selepas pihak berkuasa di sana melengkapkan siasatan ke atas beberapa dakwaan terhadapnya.

Pemenang Oscar dua kali itu, bagi karyanya dalam The Usual Suspects dan American Beauty adalah pengarah artistik di teater The Old Vic di London, antara 2004 dengan 2015.

Beberapa tuduhan mengenai Spacey pertama kali muncul seiring dengan pergerakan sosial #MeToo, di mana beberapa individu dalam industri filem bersuara tentang serangan seksual yang berlaku ke atas mereka

Kejadian itu mencetuskan siasatan oleh Polis Metropolitan di London, termasuk ke atas urusan The Old Vic ketiga Spacey berada di sana.

Dalam kenyataannya, Khidmat Pendakwa raya Diraja di Britain berkata ia telah meluluskan empat tuduhan jenayah ke atas pelakon itu bagi serangan seksual ke atas tiga lelaki.

"Dia juga telah dituduh melalukan hubungan seksual dengan individu lain tanpa kebenaran," kata Rosemary Ainslie, Ketua Bahagian Jenayah Khas Khidmat Pendakwa raya Diraja di Britain.

Menurut Ainslie, yang mengetuai divisyen jenayah khas, tuduhan itu dibuat menyusuli bukti yang dikumpulkan oleh Polis Metropolitan (Met) menerusi siasatannya.

Sebelum itu, polis Met berkata dua tuduhan pertama berasal dari Mac 2005 di London, dan melibatkan lelaki yang sama, yang kini berusia 40-an tahun.

Spacey kini berusia 62 tahun.

Tuduhan ketiga pula melibatkan seorang lelaki yang kini berusia 30-an tahun. Ia bertempat di London pada Ogos 2008.

Tuduhan keempat pula disyaki berlaku Gloucestershire, sebuah wilayah di bahagian Barat England pada Apri 2013.

Mangsa ialah seorang lelaki yang kini berusia 30-an tahun.

Tiada mangsa boleh dikenal pasti, mengikut undang-undang Britain. - Agensi berita.

"Dia juga telah dituduh melalukan hubungan seksual dengan individu lain tanpa kebenaran." - Rosemary Ainslie, Ketua Bahagian Jenayah Khas Khidmat Pendakwa raya Diraja di Britain.