SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Artis M'sia Siti Sarah meninggal dunia

Artis M'sia Siti Sarah meninggal dunia

Hampir seminggu bergelut dengan Covid-19, lahirkan bayi pramatang di unit jagaan rapi
Aug 9, 2021 | 6:30 AM

Artis M'sia Siti Sarah meninggal dunia

ecbcaee4-da2a-454a-9ba4-3bb44c4292f4
- INSTAGRAM/SITISARAHRAISSUDDIN

KUALA LUMPUR: Artis Malaysia Siti Sarah Raissuddin yang melahirkan bayi lelaki dalam keadaan tenat selepas dijangkiti Covid-19 minggu lalu telah meninggal dunia pada dinihari Isnin (9 Ogos).

Siti Sarah berusia 36 tahun.

Beliau disahkan meninggal dunia sekitar 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada ketika itu, pengurusnya Nana Mohd Rom berkata suaminya, Shuib Sepahtu, juga seorang artis di Malaysia berada di hospital bersama jenazah.

Shuib melalui Instagram, juga mengumumkan pemergian isterinya.

Pada Jumaat (6 Ogos), Siti Sarah melahirkan bayi lelaki itu, anaknya yang keempat, ketika menerima rawatan di unit jagaan rapi (ICU) di hospital. Bayi itu dilahirkan pramatang, pada usia lapan bulan.

Siti Sarah dimasukkan ke sana apabila kandungan oksigen dalam tubuh menjadi tidak stabil akibat jangkitan Covid-19.

Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata Uwais Alqarni, 10 tahun, Dzahira Talita Zahra, 8 tahun, dan Ariq Matin, 6 tahun.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg