Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Arwah lebih hebat daripada saya - AR Badul

Sep 5, 2019 | 2:13 PM
SELAMAT DIKEBUMIKAN: Isteri Almarhum Mejar Zahir (paling kanan), Cik Nour Shafinar Harun, menerima Jalur Gemilang daripada seorang askar semasa pengebumian suaminya di Tanah Perkuburan Tambun di Ipoh pada Khamis. -Foto MyMetro.
SELAMAT DIKEBUMIKAN: Isteri Almarhum Mejar Zahir (paling kanan), Cik Nour Shafinar Harun, menerima Jalur Gemilang daripada seorang askar semasa pengebumian suaminya di Tanah Perkuburan Tambun di Ipoh pada Khamis. -Foto MyMetro. -

IPOH - "Beliau (anak) lebih hebat daripada saya...saya tengok liputan berita yang wartawan beri membuat saya rasa anak saya ini macam manusia yang paling berguna dalam dunia ini," kata pelakon AR Badul mengenai anaknya Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya.

Pada Rabu (4 September), Mejar Zahir, seorang pegawai komando 11 Rejimen Grup Gerak Khas, disahkan meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

Ketika ditemui MyMetro sebaik sahaja selesai istiadat pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Tambun di Ipoh pada Khamis (5 September), AR Badul berkata: "Urusan dari mula hingga akhir diuruskan pihak tentera, saya rasa bangga anak saya menjadi seorang tentera kerana komitmen ATM terhadap mangsa (anggota tentera) dalam apa sahaja kemalangan, saya memang cukup berbangga."

Mengulas tentang arwah anaknya, beliau berkata: "Saya rasa 'besar' anak saya ini lebih besar daripada saya...tetapi sebenarnya ini adalah kerana keupayaan dan kerjaya serta kebolehannya.

Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca menyebabkan kematian Mejar Zahir.

Seorang tentera disiasat berhubung insiden tersebut pada Rabu. -Agensi Berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg