Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Asap kebakaran hutan selubungi Perth

Feb 04, 2021 | 05:30 AM



PERTH: Asap tebal menyelubungi Perth, bandar keempat terbesar di Australia, kelmarin akibat sebuah kebakaran hutan yang bergerak cepat dan telah memusnahkan puluhan buah rumah.



Kebakaran ini sekali gus merumitkan sekatan ketat yang dilaksanakan di wilayah Barat Australia setelah kes Covid-19 pertama ditemui di sana selepas 10 bulan.



Pihak berkuasa berkata cuaca panas dan kering yang telah menyebabkan api lebih kuat, di kawasan pinggir timur laut bandar itu, sudah berkurang semalaman.



"Keadaan malam semalam lebih baik dari malam sebelumnya, tiada harta benda terjejas semalaman dan keadaan cuaca yang sederhana juga membolehkan kami melakukan pengesanan kebakaran," kata Encik Darren Klemm, pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba wilayah itu, kepada wartawan.



Encik Klemm menganggarkan lebih dari 71 buah rumah telah musnah dan menggesa penduduk supaya berhati-hati kerana angin tidak menentu boleh menyemarakkan lagi api. Tiada kematian dilaporkan dari kebakaran ini, yang tidak diketahui asal-usulnya.



"Kebakaran ini akan terus menjadi cabaran untuk kami dalam beberapa hari akan datang," kata Encik Klemm lagi.



Walau bagaimanapun, cuaca yang lebih baik membawa sedikit kelegaan dengan ramalan hujan pada hujung minggu ini dan suhu dijangka turun hingga sekitar 28 darjah Celsius untuk beberapa hari akan datang, kata pihak berkuasa.



Suhu yang rendah di wilayah itu telah membawa hujan lebat dan angin yang kuat, dan akan bergerak ke selatan dengan cuaca hujan untuk beberapa hari akan datang, kata Biro Meteorologi Australia.



Dua juta penduduk bandar Perth, ibu negara wilayah itu, telah diletakkan di bawah perintah penutupan sehingga hari Jumaat selepas seorang pekerja hotel yang digunakan untuk kuarantin didapati positif dengan varian virus Covid-19 yang lebih berjangkit dari Britain.



Penduduk digesa untuk kekal di rumah, kecuali untuk sektor penting, penjagaan kesihatan, perbelanjaan runcit atau bersenam. Lawatan ke hospital dan rumah jagaan juga tidak dibenarkan.



Namun, pihak berkuasa wilayah berkata perintah pemindahan api akan diutamakan dan penduduk harus merancang tempat pemindahan sementara sekiranya perintah pemindahan kecemasan dikeluarkan.



"Apa yang kami tidak mahu ialah sikap teragak-agak penduduk sama ada mereka harus berpindah atau tidak apabila kami perlukan mereka untuk berpindah, jadi pelan pemindahan akan didahulukan," jelas Encik Klemm lagi. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >