Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MESYUARAT MENTERI LUAR ASEAN (AMM) KE-55 DAN MESYUARAT BERKAITAN

Asean 'amat kecewa' Myanmar tidak banyak kemajuan laksana perjanjian damai

Aug 06, 2022 | 05:30 AM



PHNOM PENH: Asean berasa "amat kecewa" kerana tidak banyak kemajuan yang dibuat oleh pemerintah tentera Myanmar dalam melaksanakan perjanjian damai bagi menamatkan konflik di negara itu, menurut satu kenyataan bersama menteri luar Asean.



Kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam itu menyarankan agar Asean menilai kemajuan pelaksanaan "lima perkara yang telah dipersetujui bersama" oleh penguasa tentera di Myanmar "sebagai panduan bagi mencapai keputusan untuk langkah selanjutnya" yang akan diambil semasa sidang kemuncak pada November nanti di Bali, Indonesia.



Kenyataan itu juga menyebutkan bahawa para menteri berkenaan yang telah bermesyuarat pada Rabu lalu, telah membincangkan dengan panjang lebar tentang perkembangan terbaru di Myanmar termasuk soal hukuman mati yang dijalankan ke atas empat aktivis pembangkang pada bulan lalu.



Para menteri itu berkata mereka "amat kecewa kerana tidak banyak kemajuan dan kurang komitmen" daripada penguasa di Naypyitaw terhadap masa dan pelaksanaan sepenuhnya Lima Perkara Yang Dipersetujui Bersama itu.



"Kami menyarankan Sidang Kemuncak Asean menilai kemajuan terhadap pelaksanaan lima perkara itu yang telah dipersetujui oleh Majlis Pentadbiran Negara sebagai panduan terhadap keputusan bagi langkah selanjutnya," ujar para menteri itu.



Ini adalah kali kedua berturut, satu kenyataan bersama Asean dikeluarkan, yang biasanya tidak menyentuh ehwal dalam negara anggota, dengan khusus menyebut keadaan politik di Myanmar, dan buat pertama kali juga menggunakan ungkapan yang tegas.



Persetujuan bersama itu diterbitkan pada April tahun lalu bagi menamatkan kekacauan ekoran rampasan kuasa tentera pada Februari 2021 yang mengakibatkan lebih 2,000 orang terbunuh.



Lima perkara yang dipersetujui itu adalah: menamatkan segera keganasan di negara itu, mengadakan dialog antara semua pihak yang berkenaan, pelantikan seorang perwakilan Asean bagi menyelaraskan rundingan, menyediakan bantuan kemanusiaan oleh Asean, dan lawatan oleh perwakilan khas ke Myanmar untuk menemui semua pihak yang berkenaan.



"Kami menegaskan sekali lagi komitmen kami terhadap kedamaian dan kestabilan di rantau ini dan menyatakan kesediaan Asean untuk membantu Myanmar secara positif, aman dan membina, termasuk menyalurkan bantuan kemanusiaan, tutur kenyataan tersebut.



"Kami bersetuju, perwakilan khas pengerusi Asean bagi Myanmar akan melibatkan semua pihak yang berkenaan di negara itu, secepatnya.



Kenyataan bersama itu turut menyebutkan tentang perang di Ukraine yang sedang berlaku sekarang.



Para menteri Asean berkata mereka terus menghormati kedaulatan, kebebasan politik dan kewibawaan negara.



Sambil mengulangi seruan mematuhi undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), kenyataan bersama itu mengatakan para pemimpin melihat peri pentingnya untuk segera menamatkan permusuhan dan mewujudkan suatu suasana yang membolehkan tercapainya penyelesaian terhadap konflik secara damai.



Para menteri Asean itu juga menyeru agar "dipermudahkan bantuan kemanusiaan dengan cepat dan selamat tanpa gangguan kepada mereka yang memerlukan di Ukraine, dan bagi melindungi orang awam, kakitangan pegawai kemanusiaan yang berada dalam kedudukan yang membahayakan," menurut kenyataan itu lagi.



Keadaan di Laut China Selatan juga turut dibincangkan dan para menteri Asean itu menyuarakan keprihatinan tentang beberapa kegiatan dan kejadian yang telah menghakis kepercayaan dan keyakinan, meningkatkan ketegangan dan menggugat perdamaian, keselamatan dan kestabilan serantau.



Para pemimpin Asean, pada Mei lalu telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat ke arah itu.



Kenyataan itu juga menyentuh tengah hubungan Asean dengan negara-negara rakannya dan menyatakan bahawa penubuhan Kerjasama Strategik Menyeluruh (CSP) dengan Asean amat berfaedah dan saling menguntungkan. - The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >