Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Asean perlu terus dipercayai, bersatu dalam isu yang menjadi keprihatinan, kata PM Lee di permulaan Puncak Asean

Nov 13, 2017 | 6:13 PM
BERSATU: PM Lee berkata Asean perlu bersatu dalam isu-isu yang menjadi keprihatinan rantau ini dan peringkat antarabangsa di Puncak Asean di Manila. - Foto AFP
BERSATU: PM Lee berkata Asean perlu bersatu dalam isu-isu yang menjadi keprihatinan rantau ini dan peringkat antarabangsa di Puncak Asean di Manila. - Foto AFP -

MANILA - Asean perlu terus dipercayai dan bersatu dalam isu-isu berkaitan dengan keprihatinan serantau dan antarabangsa seperti Korea Utara dan Laut China Selatan, menurut Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.

Bercakap kepada rakan sejawatannya dari Asean di permulaan Puncak Asean Ke-31, PM Lee menggalak kumpulan itu untuk terus menyeru agar Korea Utara mematuhi tanggungjawab dan komitmen antarabangsa mereka.

"Mengenai isu Laut China Selatan, kami menyambut-baik sekitaran lebih tenang dan usaha kolektif oleh semua pihak bagi membangunkan kepercayaan dan keyakinan bersama,'' ujar beliau.

PM Lee juga menggariskan tumpuan Singapura apabila ia mengambil-alih jawatan pengerusi Asean tahun depan.

Ia akan membangunkan kerja baik yang dilakukan pengerusi yang ada sekarang, Filipina, dan pengerusi sebelum ini bagi mengukuhkan Masyarakat Asean, serta mengukuhkan keutuhan dalam menangani ancaman seperti pengganasan. - ST

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg