SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Asia peringati mangsa tsunami 2004 yang ragut 230,000 nyawa

Asia peringati mangsa tsunami 2004 yang ragut 230,000 nyawa

Dec 26, 2019 | 6:22 PM

Asia peringati mangsa tsunami 2004 yang ragut 230,000 nyawa

Para wanita menaburkan kelopak bunga ke dalam lautan di Bay of Bengal sebagai memperingati mangsa tsunami yang berlaku 15 tahun lalu di Chennai. FOTO: REUTERS
Para wanita menaburkan kelopak bunga ke dalam lautan di Bay of Bengal sebagai memperingati mangsa tsunami yang berlaku 15 tahun lalu di Chennai. FOTO: REUTERS -

PHANG NGA, THAILAND: Masyarakat di sekitar Asia telah memperingati mangsa tsunami Lautan India hari ini (Khamis, 26 Dis), 15 tahun setelah bencana dahsyat tersebut berlaku sekali gus meragut 230,000 nyawa.

Pada 26 Disember 2004, gempa bumi sekuat 9.1 pada skala Richter menggegarkan sebahagian Indonesia, mengakibatkan tsunami setinggi 17.4 meter melanda kawasan perairan negara tersebut.

Sri Lanka, India, Thailand dan sembilan negara lain turut terjejas oleh tsunami itu.

"Ia masih menghantui saya...saya selalu terkenangkannya setiap masa," kata Cik Suwannee Maliwan, 28 tahun, yang kehilangan kedua orang tuanya dan lima saudara lain apabila bencana alam itu melanda Phang Nga.

Upacara peringatan diadakan di Thailand, di mana lebih 5,300 orang terbunuh.

Upacara serupa juga diadakan di Aceh, Indonesia, di mana lebih 125,000 individu terbunuh.

Di India, di mana lebih 10,000 orang terbunuh, upacara peringatan akan diadakan oleh mereka yang terselemat ketika bencana tersebut berlaku dahulu. - Reuters

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg