Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Askar Israel tembak mati tiga rakyat Palestin di Tebing Barat

Apr 15, 2022 | 05:30 AM



RAMALLAH (Tebing Barat): Askar Israel menembak mati tiga rakyat Palestin di Tebing Barat yang didudukinya, antaranya seorang remaja dan seorang peguam, kata Kementerian Kesihatan Palestin.



Kejadian kelmarin itu berlaku sedang tentera Israel melancarkan lebih banyak serbuan di wilayah tersebut selepas serangan maut penduduk Arab di Israel.



Kementerian itu berkata askar Israel menembak dan membunuh seorang remaja berusia 14 tahun dekat Bethlehem.



Tentera Israel berkata remaja itu telah melempar bom petrol ke arah askar, yang "menggunakan peluru hidup untuk menghentikan ancaman segera".



Dalam kejadian berasingan, seorang warga Palestin terbunuh akibat tembakan tentera Israel di Nablus, di jalan utama berhampiran kuil Yahudi di mana Israel menjalankan kerja pembaikan, selepas rakyat Palestin merosakkannya.



Kementerian itu mengenal pasti beliau sebagai Encik Mohammed Assaf, 34 tahun, seorang peguam yang bekerja di sebuah jabatan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang mendokumenkan dan melobi menentang aktiviti penempatan Israel di tanah yang mahu dijadikan sebagai negara Palestin.



Seorang pegawai jabatan tersebut berkata Encik Assaf telah memandu anak saudaranya ke sekolah berhampiran dan telah berhenti di tepi jalan untuk menyaksikan peristiwa berlaku apabila pertempuran meletus berdekatan kuil itu.



Satu kenyataan tentera Israel mengenai operasi Tebing Barat berkata seorang "suspek bersenjata" telah ditembak berhampiran Nablus. Tidak jelas sama ada ia merujuk kepada Encik Assaf.



Askar Israel telah menguasai kawasan sekitar kuil itu semasa kerja pembaikan sedang dijalankan.



Ia berkata ratusan rakyat Palestin membaling batu dan bom petrol ke arah tentera, yang bertindak balas dengan tembakan peluru hidup dan langkah lain meleraikan rusuhan.



Berhampiran Ramallah, Kementerian Kesihatan Palestin berkata seorang lagi warga Palestin terbunuh dalam pertempuran yang tercetus selepas tentera Israel melakukan serbuan penangkapan.



Rakaman menunjukkan puluhan rakyat Palestin membaling batu ke arah kenderaan perisai Israel dengan tembakan kedengaran sekali-sekala.



Perkhidmatan keselamatan domestik Shin Bet berkata tiga rakyat Palestin yang merancang melakukan serangan terhadap warga Israel telah diberkas dalam serbuan itu.



Tentera Israel telah meningkatkan serbuan di Tebing Barat berikutan serangan dua rakyat Palestin dari wilayah itu dan tiga anggota minoriti Arab Israel yang telah membunuh 14 orang di Israel sejak akhir Mac.



Lebih 20 rakyat Palestin, kebanyakannya lelaki bersenjata, telah dibunuh tentera Israel sejak Januari.



Pertumpahan darah itu berlaku semasa permulaan Ramadan, tatkala keganasan Israel-Palestin telah meletus pada masa lalu.



Mei tahun lalu, ia meningkat kepada perang 11 hari antara militan Gaza dan Israel. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >