Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Askar Ukraine lancar serangan balas di bandar Kherson

Bandar strategik di selatan Ukraine ini sudah pun ditawan tentera Russia sejak Mac
May 31, 2022 | 05:30 AM



KRAMATORSK: Askar Ukraine, dalam usahanya untuk meningkatkan tekanan ke atas tentera Russia, telah melancarkan satu serangan balas kelmarin di Kherson, bandar selatan utama yang Moscow anggap berada di bawah kawalannya sehingga ia telah memperkenalkan mata wang ruble.



Serangan Ukraine di Kherson dibuat sedang tenteranya bertungkus-lumus berjuang mengekang usaha Russia menakluk dan mengasingkan jalur strategik Timur Ukraine yang menjadi pusat kepada usaha perang Moscow, dan ia mempunyai kesan meluaskan medan perang.



Pembukaan barisan hadapan baru itu menggariskan bahawa apabila ia berkaitan dengan wilayah di Ukraine, tidak banyak yang boleh ditakluk sedang setiap pihak cuba mengeksploitasikan kelemahan strategik musuh yang berubah-ubah.



Ketidaktentuan itu akan hanya meningkat sedang Ukraine menerima artileri jarak jauh yang lebih canggih, dan mungkin peluru berpandu Amerika Syarikat tidak lama lagi.



Kelmarin, Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, yang telah meminta senjata tersebut, berusaha untuk menaikkan semangat dengan melawat timur laut negara itu, berhampiran Kharkiv, yang masih diserang tentera Russia.



Beliau memuji tentera Ukraine di sana di atas kejayaan mereka bulan ini dalam memaksa Russia berundur dari pinggir bandar itu dan berkata dalam satu ucapan malam kelmarin bahawa "Kharkiv mengalami serangan hebat daripada penjajah".



Bandar itu, yang mengalami serangan berbulan-bulan yang mengorbankan ramai orang awam dan memaksa puluhan ribuan lain melarikan diri, diserang sekali lagi beberapa jam selepas berlepasnya presiden Ukraine itu dari situ, menurut agensi berita Reuters. Tetapi dalam jangka panjang, Encik Zelensky berkata lewat kelmarin bahawa Russia yang akan mengalami kesannya.



"Russia telah pun kalah bukan sahaja dalam pertempuran untuk Kharkiv, bukan sahaja pertempuran untuk Kyiv dan utara negara kita," katanya. "Ia kehilangan masa depannya sendiri dan sebarang hubungan budaya dengan dunia bebas."



Pengumuman serangan balas Ukraine itu memberi isyarat kepada apa yang mungkin menjadi lembaran baru dalam peperangan yang mempunyai kepentingan politik, ekonomi dan kemanusiaan jauh di luar sempadan Ukraine itu.



Kherson, di selatan Ukraine, merupakan bandar utama yang pertama ditawan tentera Russia yang bergerak ke utara dari Crimea lebih tiga bulan lalu. Selepas merampasnya, Moscow menggunakan bandar itu sebagai batu lompatan bagi melancarkan operasi di seluruh selatan Ukraine.



Tetapi dalam beberapa minggu kebelakangan ini, tentera Russia telah menumpukan usaha mereka di selatan untuk mengukuhkan kedudukan pertahanan. Imej satelit menunjukkan rakyat Russia membina kubu pertahanan di Kherson, tempat serangan pemberontak muncul bulan ini.



Tidak jelas sama ada mereka bersedia untuk serangan balas Ukraine itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >