Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Assad menang pilihan raya, terus pimpin Syria

May 29, 2021 | 05:30 AM



BEIRUT: Presiden Syria, Encik Bashar al-Assad, memenangi pilihan raya yang menyaksikan beliau terus menguasai tampuk pemerintahan negara untuk penggal keempat.



Bersama cogan kata kempen 'Harapan Melalui Kerja', Encik Assad, 55 tahun, menonjolkan diri sebagai satu-satunya calon untuk fasa pembinaan semula negara yang dilanda antara konflik paling berdarah dalam abad ini.



Kemenangannya pada pilihan raya yang berlangsung kelmarin, sudah pasti memberi tamparan kepada penentang beliau di dalam dan luar Syria.



Kelmarin, Speaker Parlimen Syria mengumumkan Encik Assad berjaya meraih 13,540,860 undi atau 95.1 peratus dari keseluruhan jumlah undi walaupun negara Barat mendakwa pilihan raya itu adalah 'tidak adil mahupun bebas.'



Pencabarnya, Encik Abdullah Salloum Abdullah, dan Encik Mahmoud Mar'ei, masing-masing memenangi 1.5 peratus dan 3.3 peratus.



Peratusan yang keluar mengundi adalah 78.64 peratus.



Dari segi penampilan - sama ada secara langsung atau pada kebanyakan potret di Damsyik - Encik Assad lazimnya dilihat tidak memakai pakaian tentera.



Sebaliknya, beliau lebih memilih untuk mengenakan sut perniagaan yang kemas dan bertali leher.



Dalam mesyuarat rasmi dan wawancara, malah ketika berada di barisan hadapan, Encik Assad sering dilihat tenang tetapi tegas apabila berbicara.



Tatkala Syria dicengkam kemuncak krisis peperangan, Encik Assad tetap percaya akan menumpaskan pemberontakan yang menurutnya adalah angkara 'pengganas' untuk menggulingkan beliau dengan bantuan negara Barat dan Teluk Arab.



Seorang wartawan yang pernah bertemu Encik Assad beberapa kali sebelum dan selepas peperangan tercetus pada 2011, memberitahu agensi berita AFP bahawa Presiden itu adalah 'figura yang unik dan kompleks'.



"Setiap kali saya berjumpa dengannya, beliau kelihatan tenang... walaupun ketika tempoh paling sukar dalam peperangan," katanya yang enggan dikenali.



Pungutan undi yang mengundang kontroversi sejak pilihan raya kedua ketika bermulanya konflik selama sedekad, dikatakan sudah meragut lebih 388,000 nyawa serta melenyapkan separuh jumlah penduduk sebelum perang.



Banyak poster pilihan raya yang mengagungkan Encik Assad diedarkan meluas di dua pertiga negara yang di bawah pemerintahannya itu.



Dengan pesaing luar negara dihalang dan tiada pungutan undi di wilayah yang berada di luar pentadbirannya, Encik Assad hanya berdepan dua pencabar yang hampir tidak diketahui.



Agensi berita rasmi Syria, Sana, melaporkan pengundian bermula seperti dirancang, iaitu jam 7 pagi waktu tempatan pada Rabu lalu dengan stesen televisyen negeri menyiarkan visual barisan panjang di sesetengah bahagian negara itu.



Warga Syria melaksanakan tanggungjawab mereka di lebih 12,000 pusat pengundian dan keputusannya dijangka diumumkan pada petang Jumaat ini, selepas 48 jam tempoh mengundi ditutup.



Lebih 80 peratus penduduk hidup di bawah garis kemiskinan, dan nilai mata wang pound Syria jatuh nilai berbanding dolar, dengan kadar inflasi melambung tinggi.



Cogan kata kempen Encik Assad membangkitkan harapan membangunkan semula negara yang memerlukan dana berbilion-bilion dolar nilainya.



Encik Assad, seorang pakar oftalmologi, pertama kali dipilih secara pungutan suara pada 2000 selepas kematian ayahnya, Allahyarham Hafez Al-Assad, yang memerintah Syria selama 30 tahun. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >