Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

AstraZeneca tubuh pejabat mampan di Dubai

Feb 18, 2023 | 05:30 AM



DUBAI: Syarikat biofarmaseutikal AstraZeneca akan menubuhkan pejabat mampan di Dubai Science Park, lapor syarikat itu pada Khamis.



Disasarkan untuk dibuka pada suku ketiga 2023, langkah itu sebahagian daripada 'agenda hijau' global syarikat tersebut dan sejajar dengan wawasan 'Kami UAE 2031' dan Tahun Kemampanan.



Reka bentuk pejabat baru, serta pembinaan dan bahan yang digunakan akan memenuhi piawaian platinum dalam Kepimpinan dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar (Leed) yang ditetapkan oleh Majlis Bangunan Hijau AS (USGBC), lapor Gulf News.



Naib Presiden Kanan Dubai Science Park, Encik Marwan Abdulaziz Janahi, berkata:



"Kesihatan dan kemampanan berjalan seiring.



"Kita tidak boleh meningkatkan kesejahteraan kolektif kita tanpa mengutamakan kesihatan planet ini. Pandangan jauh sebegitulah yang meletakkan AstraZeneca antara firma biofarmaseutikal terkemuka di dunia.



"Mereka memperjuangkan kemampanan dalam penjagaan kesihatan, dan pejabat baru mereka di Dubai Science Park akan menambah satu lagi penanda aras untuk industri."



Katanya lagi, dengan menyertai masyarakat perniagaan global dan serantau merentasi sektor kesihatan, tenaga dan alam sekitar, AstraZeneca boleh memperkasakan usaha hijau mereka sambil mempromosikan kecemerlangan dalam penjagaan kesihatan dan penyelidikan.



Presiden Kelompok Negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Pakistan AstraZeneca, Encik Sameh El Fangary, berkata: "Pejabat hijau baru kami akan membantu kami mengembangkan kehadiran kami di UAE dan memaparkan sokongan kami terhadap cita-cita kerajaan untuk memacu dan mempercepatkan pembangunan mampan dalam penjagaan kesihatan, sejajar dengan wawasan 'Kami UAE 2031'.



"Kami mengambil tindakan berani, berpandukan strategi 'Ambition Zero Carbon' (Cita-Cita Sifar Karbon) kami, untuk mengurangkan kesan kami terhadap alam sekitar dan memberi inspirasi kepada kerjasama berterusan di peringkat global dan di rantau ini." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >