YANGON: Tentera Myanmar telah merampas kuasa untuk memerintah bagi tempoh 12 bulan dan mengisytiharkan keadaan darurat di negara itu pada Isnin (1 Feb).
Naib presiden, U Myint Swe, calon tentera, diumumkan sebagai pemangku presiden.
Pengumuman keadaan darurat itu menyusuli penangkapan pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi dan beberapa lagi pemimpin kanan parti pemerintah negara itu dalam operasi awal pagi Isnin, yang disahkan jurucakap parti pemerintah, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD).
Keadaan tegang antara pemerintah dan tentera Myanmar telah berlarutan selama beberapa minggu setelah pihak tentera mendakwa terdapat penipuan meluas dalam pilihan raya yang baru selesai diadakan. - REUTERS.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg