Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Australia alih keluar TikTok daripada peranti milik kerajaan

Apr 5, 2023 | 5:30 AM
LARANGAN PADA PERANTI: Akhbar Australia pada lewat Isnin melaporkan bahawa Perdana Menteri, Encik Anthony Albanese, telah bersetuju dengan pengharaman meluas kerajaan terhadap penggunaan TikTok, setelah Jabatan Ehwal Dalam Negeri selesai melakukan semakan. - Foto REUTERS
LARANGAN PADA PERANTI: Akhbar Australia pada lewat Isnin melaporkan bahawa Perdana Menteri, Encik Anthony Albanese, telah bersetuju dengan pengharaman meluas kerajaan terhadap penggunaan TikTok, setelah Jabatan Ehwal Dalam Negeri selesai melakukan semakan. - Foto REUTERS -

SYDNEY: Kerajaan Australia berkata pada Selasa ia akan alih keluar TikTok daripada semua peranti milik kerajaan, seperti yang dilakukan oleh kebanyakan negara, mengharamkan aplikasi video milik China itu atas kebimbangan keselamatan.

Larangan itu menandakan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemungkinan pemerintah China akan menggunakan syarikat yang berpangkalan di Beijing, milik ByteDance, bagi mendapatkan maklumat pengguna untuk muslihat politik dan menggugat kepentingan keselamatan Barat.

Pengharaman itu mula berkuatkuasa "secepat mungkin," kata Peguam Negara, Encik Mark Dreyfus, dalam satu kenyataan.

Beliau menambah pengecualian hanya dibenarkan berdasarkan ketentuan dan dengan mengenakan langkah-langkah keselamatan yang sesuai.

Dengan pengharaman Australia itu, kesemua anggota jaringan kerjasama risik Five Eyes - terdiri dari Australia, Canada, Amerika Syarikat, Britain dan New Zealand - telah mengharamkan aplikasi itu daripada kesemua peranti pemerintah.

Perancis, Belgium dan Suruhanjaya Eropah turut mengharamkannya.

Akhbar Australia pada lewat Isnin melaporkan bahawa Perdana Menteri, Encik Anthony Albanese, telah bersetuju dengan pengharaman meluas kerajaan terhadap penggunaan TikTok, setelah Jabatan Ehwal Dalam Negeri selesai melakukan semakan.

TikTok dan juga pejabat perdana menteri tidak segera memberi respons permintaan bagi mendapatkan ulasan mereka.

Penguasa wilayah Victoria juga akan mengharamkan aplikasi video pendek itu daripada kesemua telefon kerajaan, lapor akhbar The Age, yang memetik seorang pegawai kerajaan wilayah itu.

Pengurus besar Tik Tok Australia, Encik Lee Hunter, dipetik oleh akhbar The Age sebagai berkata syarikat itu kecewa apabila mendapat tahu tentang pengharaman tersebut melalui media, "padahal kami berulang kali menawarkan untuk berunding secara membina tentang dasar hal ini."

"Kami menegaskan bahawa tiada bukti yang menunjukkan TikTok, dalam apa jua cara , boleh menimbulkan risiko keselamatan kepada rakyat Australia, dan tidak harus dilayan secara berlainan dengan platform media sosial lain," katanya dipetik oleh akhbar itu. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg