Australia buat rampasan dadah terbesar bernilai $1.24 bilion
Premium
Australia buat rampasan dadah terbesar bernilai $1.24 bilion
Feb 16, 2016 | 5:30 AM
HASIL RAMPASAN: Pihak berkuasa Australia mempamerkan sejumlah dadah methamphetamin cecair atau 'ice' yang dikatakan rampasan terbesar dalam tempoh dua tahun. - Foto REUTERS -
SYDNEY: Pihak berkuasa Australia merampas dadah methamphetamin cecair atau 'ice' bernilai AS$890.5 juta ($1.24 bilion) iaitu rampasan terbesar dadah di negara itu sepanjang tempoh dua tahun.
Empat warga China, tiga daripadanya dari Hongkong, didakwa mengimport dan menghasilkan 720 liter dadah yang disembunyikan di dalam coli jenis gel dan barangan seni.

