Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia haramkan 'vape' rekreasi, bertindak tegas terhadap e-rokok

May 03, 2023 | 05:30 AM



SYDNEY: Australia mengharamkan vape rekreasi dan mengetatkan aspek lain undang-undang rokok elektronik (e-rokok) pada Selasa dalam tindakan keras terbesar terhadap industri tembakau sejak lebih sedekad untuk cuba menghentikan peningkatan yang membimbangkan berhubung penggunaan vape di kalangan remaja.



Kerajaan itu menyasarkan untuk mengharamkan semua vape pakai buang, yang selalunya datang dalam perisa buah. Ia juga mahu mengharamkan import vape bukan preskripsi dan mengehadkan paras nikotin. Ia menyasarkan supaya penjualan vape dihadkan bagi membantu perokok berhenti merokok.



"Sama seperti yang mereka lakukan dengan merokok, Big Tobacco telah mengambil satu lagi produk yang boleh membawa ketagihan, membungkusnya dalam pembungkusan berkilat dan menambah perisa untuk mencipta generasi baru penagih nikotin," kata Menteri Kesihatan, Encik Mark Butler, dalam ucapannya di National Press Club.



Di bawah peraturan baru, vape hanya akan dijual di farmasi dan memerlukan pembungkusan "jenis farmaseutikal".



Menghisap vape secara meluas dilihat sebagai alternatif yang lebih selamat untuk menghisap rokok dan berguna untuk membantu perokok berhenti. Ia melibatkan pemanasan cecair yang mengandungi nikotin dalam alat yang dipanggil e-rokok dan mengubahnya menjadi wap yang disedut oleh pengguna.



Tetapi kajian telah menunjukkan potensi bahaya jangka panjang daripada e-rokok yang boleh menyebabkan ketagihan itu.



Encik Butler berkata vape telah menjadi produk rekreasi di Australia, kebanyakannya dijual kepada remaja dan orang muda, yang tiga kali lebih berkemungkinan untuk merokok.



"Ini adalah produk yang disasarkan kepada anak-anak kita, dijual bersama gula-gula dan coklat," kata Encik Butler.



"Menghisap vape kini telah menjadi isu tingkah laku nombor satu di sekolah tinggi. Dan ia semakin meluas di sekolah rendah juga," tambahnya.



Doktor menyokong tindakan keras ke atas penggunaan vape tetapi menggesa kerajaan untuk melakukan lebih banyak lagi untuk mengehadkan bilangan golongan muda yang mengambilnya.



Sekitar 22 peratus rakyat Australia berumur 18 hingga 24 tahun telah menggunakan e-rokok atau vape sekurang-kurangnya sekali, menurut data pada 2022.



Walaupun preskripsi diperlukan untuk membeli vape nikotin di Australia, pasaran haram yang berkembang pesat bermakna ia mudah didapati.



Belanjawan persekutuan, yang akan dikeluarkan minggu depan, akan merangkumi AS$234 juta ($209 juta) untuk langkah melindungi daripada bahaya yang disebabkan oleh tembakau dan vape.



Australia mempunyai antara undang-undang anti-merokok paling keras di dunia. - Reuters.




"Ini adalah produk yang disasarkan kepada anak-anak kita, dijual bersama gula-gula dan coklat.



Menghisap vape kini telah menjadi isu tingkah laku nombor satu di sekolah tinggi. Dan ia semakin meluas di sekolah rendah juga."



- Encik Mark Butler, Menteri Kesihatan Australia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >