Topik diikuti
Pergi ke BHkuAustralia kecewa Indonesia kurangkan import lembu hidup

Jul 15, 2015 | 5:30 AM
Australia kecewa Indonesia kurangkan import lembu hidup
CANBERRA: Kerajaan Australia melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Indonesia untuk mengurangkan secara drastik bilangan lembu hidup yang diimport dari Australia.
Penternak Australia diberitahu petang kelmarin bahawa bilangan permit bagi lembu hidup yang dieksport ke Indonesia telah dikurangkan dari sekitar 200,000 kepada hanya 50,000 bagi suku ketiga tahun ini.