Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia, AS perluas kerjasama tentera termasuk kerahan pesawat

Sep 18, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Australia dan Amerika Syarikat mengumumkan kerjasama ketenteraan yang diperluas termasuk penempatan semua jenis pesawat tentera Amerika ke Australia, sehari setelah mengumumkan persetujuan pembangunan kapal selam nuklear yang dikecam China sebagai meningkatkan perlumbaan senjata serantau.



Mengumumkannya selepas pertemuan antara menteri luar negeri dan pertahanan Amerika dan Australia, Menteri Pertahanan Australia Peter Dutton mengatakan kedua-dua pihak akan "secara signifikan meningkatkan kerjasama postur kekuatan kami, meningkatkan keupayaan saling kendali dan memperdalam kegiatan pakatan di Indo-Pasifik".



"Ini termasuk kerjasama udara yang lebih luas melalui penempatan putaran semua jenis pesawat tentera AS ke Australia," kata Encik Dutton pada sidang akhbar bersama di Washington kelmarin.



Kata beliau, dua negara itu akan mewujudkan gabungan logistik dan kemampuan penyelenggaraan untuk menyokong aktiviti yang dipertingkatkan itu.



Setiausaha Pertahanan Amerika Lloyd Austin berkata pertemuan itu telah menyokong "inisiatif postur kekuatan utama yang akan memperluas akses dan kehadiran kami di Australia".



Rabu lalu, Amerika dan Britain berkata mereka akan menyediakan teknologi dan keupayaan pada Australia untuk mengerahkan kapal selam bertenaga nuklear.



Amerika dan sekutunya sedang mencari jalan untuk mengekang kekuatan dan pengaruh China yang semakin meningkat, terutama pembangunan ketenteraan, tekanan terhadap Taiwan dan penempatan di Laut China Selatan yang dipertikaikan.



China, dalam mengecam perjanjian baru dengan Australia itu, berkata pakatan seperti itu tidak boleh menyasarkan negara ketiga.



Amerika, Britain dan Australia "amat merosakkan keamanan dan kestabilan rantau, meningkatkan perlumbaan senjata, dan merosakkan usaha pencegahan penularan nuklear antarabangsa," kata jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian.



Rumah Putih telah mempertahankan keputusan Amerika untuk menyediakan Australia dengan teknologi canggih bagi kapal selam bertenaga nuklear, menolak kritikan dari China dan Perancis.



Jurucakap Rumah Putih Jen Psaki berkata perjanjian itu tidak ditujukan pada China, walaupun Amerika mempunyai kebimbangan yang meningkat mengenai pengaruh China di Indo-Pasifik dengan penganalisis rantau mengatakan perjanjian itu jelas merupakan tindak balas terhadap kekuatan Beijing yang semakin meningkat.



"Kami tidak mencari konflik dengan China," kata Cik Psaki kepada wartawan.



Perjanjian kapal selam itu bermakna pelupusan perjanjian A$50 bilion ($49 bilion) bagi kapal selam konvensional yang dibangun Perancis, yang telah menimbulkan kemarahan Perancis yang menyebutnya sebagai "tikaman di belakang".



Pada sidang media itu, Setiausaha Negara Amerika Antony Blinken menyebut Perancis sebagai "rakan penting" di Indo-Pasifik sambil menambah Washington akan terus bekerjasama dengan Paris - komen bertujuan menenangkan kemarahan Perancis. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >