SPH Logo mobile
Langgan|

Australia pertimbang langkah drakonian untuk laksana jarak selamat

Australia pertimbang langkah drakonian untuk laksana jarak selamat

Mar 22, 2020 | 3:03 PM

Australia pertimbang langkah drakonian untuk laksana jarak selamat

Kerajaan Australia mempertimbang langkah drakonian atau keras untuk menguatkuasakan jarak selamat antara individu.
Kerajaan Australia mempertimbang langkah drakonian atau keras untuk menguatkuasakan jarak selamat antara individu. - Foto EPA-EFE

SYDNEY: Kerajaan Australia akan menyuntik dana sebanyak A$66 bilion ($54 bilion) kepada ekonominya sebagai sebahagian pakej bantuan kedua untuk melindungi negara itu daripada kesan kewangan Covid-19, kata Perdana Menteri Australia Scott Morrison hari ini (22 Mac).

Pakej kedua itu - yang nilainya lebih tinggi berbanding pakej pertama yang bernilai A$17.6 bilion - diumumkan sedang kerajaan negara itu melahirkan komitmen melaksanakan langkah jarak sosial yang selamat antara individu.

Ini menyusuli perbuatan ramai penduduk negara itu yang tidak mempedulikan amaran kesihatan dan terus berkumpul di pub dan pantai.

Pihak berkuasa tempatan telah menutup kebanyakan pantai utama Sydney termasuk Pantai Bondi hari ini.

Lebih 1,000 kes Covid-19 dilaporkan di Austalia sejauh ini, dengan tujuh kematian berhubungan koronavirus itu.

Menurut Encik Morrison, negeri dan wilayah di negara itu akan mula mempertimbang langkah drakonian atau keras untuk menguatkuasakan jarak selamat antara individu.

"Terlalu ramai warga Australia yang tidak memandang serius isu ini," ujarnya.

- Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg