Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Australia tahan lima lelaki rancang belajar ke Syria untuk sertai ISIS

May 11, 2016 | 1:52 PM
-

LIMA lelaki yang pasport mereka telah dibatalkan didakwa pada Rabu (11 Mei) merancang belayar ke Indonesia dari Australia dalam perjalanan untuk menyertai kumpulan militan di Syria.

Mereka termasuk seorang pendakwah Islam terkenal Australia, Musa Cerantonio, yang ditahan di Filipina pada 2014 dan dihantar pulang kerana dilaporkan menggesa orang ramai menyertai jihad di Iraq dan Syria, kata Perbadanan Penyiaran Australia.

Menurut Polis Persekutuan Australia, mereka membeli sebuah bot tujuh meter panjang dan membawanya dari Melbourne ke Queensland, di mana mereka merancang belayar ke Indonesia.

Peguam Negara George Brandis berkata mereka ditangkap kerana merancang "meninggalkan Australia melalui jalan laut, singgah ke Indonesia dan dari Indonesia, cuba tiba Syria untuk melibatkan diri dalam perbuatan permusuhan di negara itu".

"Mereka disyaki cuba meninggalkan Australia menggunakan bot itu memandangkan mereka tidak boleh pergi melalui udara kerana pasport mereka telah dibatalkan," katanya.

Kewarganegaraan lelaki berusia antara 21 dan 33 tahun itu tidak diberi dan mereka belum didakwa.

Polis tidak mengatakan bila mereka ditahan tetapi akhbar The Age Melbourne melaporkan mereka ditahan pada Selasa. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg