Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Australia tarik balik hampir 200,000 kit ujian kendiri tidak tepat Covid-19

Oct 7, 2021 | 5:30 AM
TARIK BALIK: Jururawat, Cik Niamh Costello, menunjukkan cara menjalankan Ujian Pantas Antigen Covid-19 di kemudahan pandu lalu di premis Blooms the Chemist di Sydney, Australia. - Foto EPA-EFE
TARIK BALIK: Jururawat, Cik Niamh Costello, menunjukkan cara menjalankan Ujian Pantas Antigen Covid-19 di kemudahan pandu lalu di premis Blooms the Chemist di Sydney, Australia. - Foto EPA-EFE -

BRISBANE: Pengeluar teknologi perubatan Australia, Ellume, menarik balik hampir 200,000 kit ujian kendiri Covid-19 di Amerika Syarikat, berikutan peningkatan kadar keputusan positif palsu.

Tahun lalu, kit ujian pantas keluaran Ellume itu menjadi produk pertama yang menerima kelulusan penggunaan kecemasan di Amerika.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat, semalam mengeluarkan notis amaran berhubung keputusan positif palsu daripada kit ujian saringan kendiri Covid-19 jenama Ellume, yang puncanya dikenal pasti pada peringkat pengeluar.

"Keputusan negatif bagaimanapun tidak terjejas dengan isu pada peringkat pengeluar ini dan siasatan sedang dilakukan.

"FDA sedang bekerjasama dengan Ellume untuk menilai pemeriksaan tambahan pengeluaran syarikat berkenaan dan langkah pembetulan lain bagi memastikan isu berbangkit dapat diselesaikan," katanya dalam satu kenyataan.

Jurucakap Ellume memberitahu agensi berita AFP semalam, 195,000 daripada 3.5 juta kit ujian saringan itu yang dihantar ke Amerika dikenal pasti terkesan dengan isu terbabit.

Sesetengah ujian saringan itu disediakan Jabatan Pertahanan Amerika untuk diagihkan kepada orang ramai menerusi program kesihatan komuniti.

Pengasas Ellume, Dr Sean Parsons, menerusi kenyataan 1 Oktober lalu, berkata arahan menarik balik produk itu dikeluarkan selepas keputusan positif palsu dilaporkan dalam sebahagian kit terbabit berkadar lebih tinggi daripada dijangkakan. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg