Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia tarik balik visa Djokovic kali kedua

Jan 16, 2022 | 05:30 AM



MELBOURNE: Australia semalam mengisytiharkan Novak Djokovic adalah ancaman kepada umum selepas pihak berkuasa negara itu menarik kembali visa milik bintang tenis tidak divaksin itu buat kali kedua.



Menteri Imigresen, Encik Alex Hawke mendakwa jika Djokovic terus berada di negara berkenaan, ia boleh "menambah sentimen anti-vaksin" selain mencetuskan "rasa tidak tenteram dalam kalangan umum.



"Djokovic diarahkan tampil bertemu pegawai imigresen di Melbourne sebelum proses Mahkamah Persekutuan hari ini dan esok."



Dia dibenarkan mengikuti prosiding dari satu alamat - dipercayai pejabat peguamnya - yang akan diawasi dua pegawai Anggota Sempadan Australia.



Dokumen mahkamah menunjukkan pemain Serbia berusia 34 tahun itu kini ditahan dekat Melbourne ketika rayuan terhadap pengusirannya sedang didengari.



Hanya sehari sebelum bermula Terbuka Australia, pemain nombor satu dunia itu sekali lagi terpaksa fokus terhadap mahkamah berbanding tumpuan di gelanggang berkaitan status vaksin Covid-19.



Sementara itu mahkamah Australia menetapkan perbicaraan kes pembatalan visa Novak Djokovic pada pagi ini waktu tempatan, sedang pemain tenis No.1 di dunia itu berusaha membatalkan keputusan kerajaan Australia untuk mengusirnya dari negara tersebut, lapor agensi berita Reuters.



Hakim David O'Callaghan berkata semalam pihak mahkamah akan berunding dengan semua pihak sama ada perbicaraan diadakan di hadapan seorang hakim atau mahkamah penuh pada lewat semalam.



Djokovic dijadual menyerahkan diri kepada pegawai imigresen untuk kembali ke pusat tahanan pada Sabtu dan perlu menyerahkan diri kepada pegawai di Melbourne bagi ditemu bual, menurut satu perintah mahkamah yang dikeluarkan malam kelmarin.



Djokovic sebelum ini berkata dia masih berharap dapat beraksi pada Terbuka Australia.



Djokovic menerusi twitter dari Melbourne berkata:



"Selepas semua yang berlaku, saya mahu kekal di sini dan cuba bersaing di @AustralianOpen. Saya kekal fokus terhadapnya." - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >