Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Azizah mahu teruskan legasi Anwar

May 4, 2015 | 5:40 PM
DUKUNG LEGASI: Calon bagi pilihan raya kecil kawasan undi parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tidak mengira jumlah kemenangan kecuali meneruskan legasi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun setelah didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya. - Foto AFP
DUKUNG LEGASI: Calon bagi pilihan raya kecil kawasan undi parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tidak mengira jumlah kemenangan kecuali meneruskan legasi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun setelah didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya. - Foto AFP -

BUKIT MERTAJAM (Pulau Pinang): Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tidak memikirkan soal undi majoriti, tetapi yang penting ialah kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh bagi meneruskan legasi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pelbagai faktor akan mempengaruhi jumlah undi majoriti, tetapi yang penting ialah kemenangan bagi membolehkan calon bertanding menjadi Ahli Parlimen.

"Soal undi majoriti, banyak faktor yang perlu diambil kira, tetapi yang penting ialah kemenangan PKR pada PRK ini bagi meneruskan legasi Anwar Ibrahim.

"Dalam PKR, kita mementingkan kepedulian dan kebajikan rakyat serta keadilan sosial," katanya selepas bertemu penganut Buddha yang menyambut Hari Vesak di Tanah Liat, dekat sini, semalam.

Pada PRK 2008, Anwar menggantikan Azizah memperoleh undi majoriti 15,671 ketika menentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah, tetapi berkurang kepada 11,721 pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ketika menentang Dr Mazlan Ismail. - myMetro.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg