Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Azmin mungkin kalah di Gombak?

Kejutan bagi beberapa calon utama? Sehingga 11 malam
Nov 20, 2022 | 05:30 AM



PENGARAH Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang sebelum ini berjaya mempertahankan Parlimen Gombak bagi tiga penggal, dijangka mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.



Datuk Seri Azmin, yang juga bekas Timbalan Presiden PKR, ketinggalan hampir 6,000 undi pada anak didiknya yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, setakat akhbar ini dicetak malam tadi.



Parlimen Gombak adalah kubu kuat PH semasa Datuk Seri Azmin menjadi Ahli Parlimen kawasan itu dari 2008 hingga 2020.



Bagaimanapun berikutan Langkah Sheraton yang meruntuhkan kerajaan PH, beliau melompat parti menjadi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bawah PN.



Walaupun kelihatan berasa yakin semasa ditemui Khamis lalu di Gombak dalam satu majlis bertemu rakyat, beberapa penduduk yang ditemui mengatakan mereka masih agak berbelah bagi.



Ini kerana sepanjang tiga penggal di Gombak Datuk Azmin mewakili PH tetapi keputusan mengejut berpindah ke PN bermakna mereka harus turut beralih kesetiaan pada parti.



Satu lagi faktor yang mungkin menjadi punca hasil keputusan undi malam tadi ialah terdapat lebih 30 peratus penduduk bukan Melayu di Gombak yang menjadi penyokong kuat PH.



Cabaran beliau semakin rumit kerana pencabarnya ialah Menteri Besar Selangor - seorang ahli politik yang mempunya ramai penyokong setia di Gombak.



"Saya tidak akan terkejut jika Azmin tewas di Gombak kerana imej beliau sebagai seorang ahli politik yang melompat parti telah mencemar reputasi beliau," kata Encik Mohd Azrul Azuan, seorang usahawan penyokong Parti Islam Se Malaysia (Pas)



Encik Azrul juga berpendapat kekalahan Azmin tidak akan membawa kesan besar pada kepimpinan PN.



"Malah jika anda perhatikan Azmin tidak digunakan sebagai poster boy PN semasa berkempen.



"Ini menunjukkan peranan beliau dalam parti tidak lah begitu penting," jelas Encik Azrul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >