Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Azmin sertai pembangkang gesa Mahathir kekal PM hingga akhir penggal

Jul 30, 2019 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, semalam menyertai pembangkang menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad menamatkan penggal penuhnya sebagai perdana menteri.



Kenyataan beliau nampaknya bertentangan dengan perjanjian dalam gabungan Pakatan Harapan agar presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil alih jawatan itu daripada Dr Mahathir dua tahun setelah kemenangan PH pada pilihan raya umum Mei tahun lalu.



"Saya mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa PAS dan Umno akan memberikan sokongan penuh kepada Dr Mahathir untuk berkhidmat sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal," kata Encik Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, dalam satu kenyataan.



"Pandangan mereka sama dengan pendapat saya bahawa usaha untuk mengembalikan kegemilangan negara mesti direalisasikan serta-merta," tambahnya.



Datuk Azmin dituduh terlibat dalam skandal video seks gay yang menyebabkan perpecahan dalam partinya.



Dr Mahathir mengatakan video itu merupakan percubaan menghalang kerjaya politik seorang individu, merujuk kepada Datuk Azmin.



Datuk Seri Abdul Hadi Jumaat lalu dilaporkan berkata PAS dan Umno mahu Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri hingga pilihan raya seterusnya bagi mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Muslim di Malaysia.



Beliau berkata PAS dan Umno akan menyokong Dr Mahathir kerana mereka berasa pentadbiran PH "bukan wajah Islam", dan dua parti pembangkang itu boleh mempercayai Dr Mahathir dan keupayaannya.



"Kepimpinan Dr Mahathir diperlukan untuk menjamin kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan dasar-dasar Kerajaan bagi merangsang pelaburan, mencipta peluang-peluang pekerjaan serta kekayaan untuk semua," kata Datuk Azmin dalam kenyataannya.



Beliau memuji sokongan Umno dan PAS kepada Dr Mahathir sebagai "lembaran baru" dalam politik Malaysia, dengan kepentingan rakyat diberi keutamaan. - ST, Utusan Online.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >