Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Azmin: Umno, BN tiada tempat lagi di Selangor

May 01, 2018 | 05:30 AM



DARI KUALA LUMPUR: MESKIPUN pilihan raya umum (PRU) kali ini boleh disifatkan sebagai yang paling sengit bagi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, riak wajahnya tetap kelihatan tenang dan mudah tersenyum.



Sikapnya yang lembut membuat penduduk Batu Caves bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua tidak kekok bergambar, apalagi menyapa atau berbual dengannya semasa majlis minum petang 'Santuni Rakyat' anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dataran Belia Batu Caves pada 27 April lalu.



Datuk Mohamed Azmin, 54 tahun, akan mempertahankan kedudukan sebagai Ahli Parlimen Gombak dan ahli DUN Bukit Antarabangsa - kedua-dua kerusi di Selangor.



Di peringkat akar umbi, beliau adalah Timbalan Presiden PKR.



Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Selangor pada September 2014 sebagai menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat keahlian dari PKR.



Tatkala disapa dan apabila penulis memperkenalkan diri bagi sesi wawancara Berita Harian bersamanya selepas acara berakhir, beliau berkata:



"Terima kasih kerana datang dari jauh dan sudi wawancara saya."



Sejurus selesai basa-basi, pelbagai pertanyaan diajukan kepadanya tentang senario semasa di Selangor, cabaran yang dihadapi Pakatan Harapan dalam mengekalkan penguasaan ke atas Selangor dan strategi parti-parti politik dalam gagasan Pakatan Harapan - PKR, Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam menghadapi PRU ke-14 ini.



Lebih utama sekali, apakah perasaan dan strateginya sekarang dalam menghadapi cabaran sengit dari Barisan Nasional yang bersungguh-sungguh mahu merampas semula Selangor daripada genggaman PKR dan penguasaan Pakatan Harapan.



Jawapannya pedas dan ringkas:



"Umno dan Barisan Nasional sudah tidak wujud dalam negeri Selangor. Kalau dulu mitosnya, tanpa Umno orang Melayu akan balik ke zaman Jepun. Tanpa Umno tidak ada pembangunan. Tanpa Umno orang Melayu akan makan ubi kayu. Tetapi di Selangor sudah tidak ada Umno, namun orang Melayu berasa selamat. Hak mereka terbela.



"Pada masa yang sama, orang Cina dan India juga berasa selamat kerana dasar kita yang adil yang dapat membela semua dan memberikan pengagihan 'kek ekonomi' kepada semua yang berhak mendapat pembelaan," jawabnya.



Terangnya, PKR dan Pakatan lebih menitikberatkan kesejahteraan rakyat yang lebih seimbang dan tidak tertumpu pada satu kaum sahaja.



"Semua dasar kita sama ada pemberian air percuma, skim peduli sihat, Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss), bantuan modal perniagaan hijrah, semuanya merentasi batasan kaum dan agama. Semua rakyat mendapat pembelaan," jelas beliau.



Di bawah pentadbirannya, kerajaan Selangor telah melaksanakan 42 program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang kosnya berjumlah RM3.1 bilion ($1.06 bilion).



Antara daya usaha yang dilakukan termasuk menyediakan pembiayaan bagi lebih 50,000 usahawan kecil menerusi skim 'Hijrah' dengan menawarkan bantuan modal tanpa faedah bernilai $50,000.



Program Kiss pula membantu golongan wanita dan suri rumah.



"Ibu-ibu yang pendapatan isi rumah kurang RM2,000, kita beri kad Kiss. Pergilah pasar raya, belanjalah apa nak, beras, tepung, gula, minyak, milo, nescafe, lampin bayi... ambil. Yang tak boleh, saya kata rokok suami, jangan. Haram hukumnya. Tak boleh.



"Tunjuk saja kad Kiss, cashless, tak payah bayar kerana bil itu akan dibayar oleh saya dan kerajaan Negeri Selangor. Itu sahaja kosnya RM100 juta," ujarnya.



Selain itu, bagi membantu rakyat memiliki rumah pula, pihaknya menyiapkan hampir 25,000 unit di bawah program 'Rumah Selangorku' yang dijual antara RM42,000 sehingga RM250,000.



Dalam soal kesihatan rakyat Selangor pula, mereka memperkenalkan Skim Peduli Sihat.



Warga Selangor berpendapatan RM3,000 ke bawah, diberi Kad Peduli Sihat, bagi mendapat rawatan di lebih 1,000 klinik swasta dan hospital swasta.



"Siapa pegang Kad Peduli Sihat boleh pergi jumpa doktor pakar, hospital swasta buat rawatan, jangan bayar bil tersebut kerana ia akan dibayar oleh kerajaan Negeri Selangor. Berapa saya belanja? RM125 juta dan dapat manfaat 1 juta rakyat Selangor yang memerlukan rawatan kesihatan," jelasnya.



Menyentuh soal pemberian air percuma pula, kerajaan menawarkan air bersih sebanyak 20 meter padu, bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bulan secara percuma untuk rakyat.



"Saya tanggung RM180 juta bagi 6 juta rakyat Selangor, bukan sedikit," katanya.



Ditanya apakah prinsip asas kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinannya dalam pelaksanaan program sosial ini?



Beliau berkata:



"Kami menggubal dasar, program yang berteraskan prinsip Keadilan, dan 'distributive justice' atau pengagihan lebih adil. Dengan cara ini, saya yakin kita dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat kerana pertimbangan kita adalah atas rasa keperluan.



"Dasar ekonomi negeri Selangor ini bukan atas kepentingan kaum tetapi atas dasar keperluan, atau 'based on needs' bukan 'based on race'."



Beralih kepada soal tentang dirinya menghadapi BN dalam meniti kerjaya politiknya, beliau secara seloroh berkata:



"Saya bukan marah tapi saya geram kerana saya kena teruk tiap-tiap malam. Pukul 8 dia keluarlah gambar saya. Macam-macam... kalaulah televisyen itu murah, saya dah pecahkan setiap malam. Tapi mahal... kena GST lagi. Jadi dengar ajelah. Tapi dengar, sakit jantung."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >