Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Azmin yakin undi Melayu pada Perikatan Nasional semakin meningkat

LAPORAN OLEH BASIR SISWO

Nov 19, 2022 | 05:30 AM



SOKONGAN pengundi Melayu pada Perikatan Nasional (PN) semakin meningkat sejak kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula dua minggu lalu.



Malah, jumlah penyokong Melayu PN yang dianggarkan mencecah lebih 60 peratus adalah lebih tinggi daripada sokongan pada Barisan Nasional (BN), yang dikatakan merundum di bawah 30 peratus.



"Ini kerana mereka melihat kerajaan di bawah kepimpinan Tan Seri Muhyiddin Yassin atas kapasiti kerajaan Perikatan Nasional, banyak dasar yang membantu menangani masalah Covid-19 dan juga memacu pertumbuhan ekonomi negara ini," jelas Datuk Seri Azmin Ali dalam wawancara bersama Berita Harian (BH) baru-baru ini.



Datuk Azmin, yang pernah menjadi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), adalah antara mereka yang dikatakan bertanggungjawab merancang Langkah Sheraton yang meruntuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mac 2020.



Beliau kemudian melompat parti menyokong Tan Sri Muhyiddin dan menjadi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan dilantik sebagai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri sehingga Parlimen dibubarkan.



Datuk Azmin yakin ramai pengundi muda berusia 18 hingga 21 tahun lebih berpihak pada PN kerana mereka ingin masa depan lebih terjamin dan mahu sebuah kerajaan yang berupaya membuka lebih banyak peluang pekerjaan.



Ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, bahawa parti itu akan menyokong BN membentuk kerajaan baru, Datuk Azmin menegaskan itu sebenarnya bukan pendirian parti.



Presiden PAS, Tan Sri Hadi Awang, telah mengeluarkan kenyataan bahawa PN harus menangi sebanyak mungkin kerusi yang ditandingi oleh PN.



"Kita bertanding 171 (kerusi Parlimen). Apa tujuan kita bertanding 171? Adalah untuk membentuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan mana-mana pihak.



"Kalau kita ingin bergabung daripada awal, tidak perlu kita bertanding sejumlah itu," katanya.



Apabila ditanya kemungkinan PN bergabung dengan parti lain untuk membentuk kerajaan, beliau menegaskan:



"Perkara itu belum dibincangkan kerana tumpuan kita adalah memenangkan Perikatan Nasional tanpa perlu bergabung dengan mana-mana pihak."



  • Penulis mantan wartawan kanan BH yang kini menetap di Kuala Lumpur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >