Topik diikuti
Pergi ke BHkuBadan antirasuah M'sia mungkin rayu keputusan AG lepaskan Najib
Jan 27, 2016 | 11:37 AM
Badan antirasuah M'sia mungkin rayu keputusan AG lepaskan Najib
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin merayu terhadap keputusan Peguam Negara (AG) melepaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada kesalahan jenayah berkaitan sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi dan satu pinjaman kerajaan yang dikaitkan dengan syarikat SRC International.
Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin berkata lewat Selasa (26 Jan 26) "kemungkinan besar" suruhanjaya itu akan menimbangkan merayu kepada Peguam Negara bagi menimbang semula keputusannya dalam "kes mudah" itu.