Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Badan baru untuk daftar 'Datuk' di M'sia, cegah gelaran palsu

Mar 10, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Usaha sedang dijalankan untuk menubuhkan satu badan kebangsaan bagi mendaftar individu yang diberi gelaran Datuk bagi mengatasi masalah pemalsuan gelaran palsu.



Badan itu, yang akan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) melalui Kementerian Dalam Negeri, akan memeriksa anggota berdaftar yang kemudiannya akan dikeluarkan kad khas sebagai bukti gelaran mereka yang sah.



Presiden Majlis Datuk Persekutuan Malaysia (MDPM), Datuk Awalan Abdul Aziz, berkata permintaan untuk mendaftarkan badan baru itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, lapor akhbar The Star.



Datuk Awalan berkata badan nasional yang disarankan itu akan menjadi badan penaung sedang beberapa negeri tidak ada badan perwakilan.



"Hanya Melaka, Sabah, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang mempunyai persatuan mereka sendiri. (Badan kebangsaan) ini akan membantu menarik Datuk yang sah di peringkat persekutuan dan negeri untuk mendaftar sebagai anggota.



"Apa yang penting ialah proses pengesahan, yang mana mereka yang berdaftar dengan badan tersebut akan dianggap mempunyai gelaran yang sah," katanya dalam satu sidang media kelmarin.



Katanya lagi, badan nasional itu akan menggunakan proses serupa yang digunakan oleh MDPM untuk mengesahkan anggota sebelum mereka diberi kad khas sebagai bukti gelaran mereka.



Beliau mendedahkan bahawa MDPM kini mempunyai sekitar 250 anggota dengan gelaran persekutuan yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.



Anggota-anggota itu, katanya, hanya dikeluarkan dengan kad khas itu setelah mereka diperiksa dan mengemukakan watikah mereka yang ditandatangani oleh Raja.



Ada juga gelaran yang diberikan di peringkat negeri.



Datuk Awalan menekankan bahawa badan kebangsaan yang dicadangkan itu tidak akan menguruskan penganugerahan gelaran tersebut oleh negeri masing-masing, tetapi hanya akan menyediakan wadah bagi mengawasi pendaftaran gelaran sambil menganjurkan kegiatan untuk anggota. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >