Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Badan rasuah diarah lengkapkan siasatan kes babitkan PM Najib

Apr 11, 2017 | 05:43 PM



KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, telah mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negara (SPRM) untuk melengkapkan siasatan terhadap aliran wang dari SRC International ke akaun perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Pada masa sama turut menjelaskan, beliau tidak pernah arah siasatan dihentikan.



"Bila kami isytihar NFA (tiada tindakan lanjut), ia bermakna kami letak ia di tepi. Kecuali dan jika ada bukti baharu, waran dikeluarkan untuk fail dibuka semula dan disiasat sekali lagi, kami akan buat begitu.



"Tidak ada fail yang tutup secara kekal bila kami kata NFA, walaupun fail 1MDB," katanya kepada The Malaysian Insight.



Dilaporkan SRC International memindahkan RM42 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib Razak antara Disember 2014 dan Februari 2015 melalui anak syarikatnya Gandingan Mentari Sdn Bhd dan syarikat berasingan,



Ihsan Perdana ialah syarikat swasta yang ditubuhkan untuk menguruskan sumbangan "tanggungjawab sosial korporat" 1MDB.



Apandi berkata kes SRC International dikendalikan oleh SPRM dan beliau "sudah agak lama" mengarahkan badan anti rasuah itu mengakhiri siasatan berkenaan.



"Bila saya kata tidak ada lagi siasatan (di sidang media pada Januari 2016), ia mengenai RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi perdana menteri," katanya.



Pada sidang media itu, Datuk Seri Apandi berkata beliau berpuas hati dengan siasatan yang mendedahkan jumlah AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun Datuk Seri Najib adalah sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi yang diberi kepadanya tanpa apa-apa balasan.



Peguam negara turut mendedahkan Datuk Seri Najib memulangkan AS$620 juta ($870.75 juta) daripada sumbangan itu kepada keluarga diraja Arab Saudi, menambah tidak ada bukti menunjukkan sumbangan itu dalam bentuk rasuah.



"Siasatan terhadap yang lain masih berterusan, mengenai 1MDB dan SRC International.



"Saya kata NFA (sebelum ini). Ia arahan standard diberikan oleh peguam negara atau timbalan pendakwa raya kepada agensi penyiasatan. Maksudnya ialah ia NFA sehingga ada perkembangan terbaru.



"Jika saya buat keputusan untuk buka, maka saya boleh buka ia bila-bila saja, tidak ada fail yang ditutup. Tiada tindakan lanjut tidak bermakna fail itu ditutup," katanya.



Datuk Seri Apandi berkata beliau menjangkakan siasatan terhadap SRC International akan siap tidak lama lagi. Beliau tidak dapat memberikan jangka mangsa tetapi berkata ia mungkin dalam tempoh kira-kira sebulan.



"Selepas sidang akhbar itu, saya dinasihatkan supaya jangan bercakap dengan media, dan sebab itu saya menerima layanan yang teruk," katanya, menjelaskan mengapa beliau tidak membetulkan salah tanggapan yang menyelubungi kes itu, sebelum ini.



Datuk Seri Apandi enggan mengulas mengenai tuntutan saman Jabatan Kehakiman AS yang memohon menyita aset dikatakan diperoleh daripada dana 1MDB, berkata pihak berkuasa AS tidak meminta nasihatnya berhubung perkara itu. - The Malaysian Insight




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >