Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERSAINGAN DI BAGAN DATUK

Bagan Datuk kini jadi tumpuan, perlu pembangunan

Nov 15, 2022 | 05:30 AM



BAGAN DATUK (Perak): Bagan Datuk kini menjadi tumpuan semasa kempen pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang sedang berlangsung di Malaysia kerana orang yang telah mewakili kawasan ini selama 27 tahun - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



Sebagai presiden Umno, beliau berada dalam jarak dekat dengan kerusi tertinggi kuasa di Malaysia - jawatan perdana menteri.



Pada masa sama, beliau juga sedang dibicarakan kerana rasuah melibatkan jutaan ringgit.



Perjalanan kereta selama dua jam dari Kuala Lumpur dan anda akan sampai ke pekan pantai barat perkampungan nelayan, ladang kelapa dan kelapa sawit, rumah kampung lama dan jalan yang tidak rata serta kurang diterangi lampu.



Bagi mereka yang bosan dengan kehidupan bandar, suasana agak tenang ini boleh menjadi perubahan baik.



Jalan-jalannya masih sama, dan banyak tempat masih mempunyai ciri khas selama beberapa dekad.



"Banyak yang perlu diperbaiki di sini - jalan raya, ekonomi.



"Saya harap ahli politik berhenti bertelagah dan menumpukan perhatian kepada perkara di lapangan, seperti inflasi dan infrastruktur," kata Encik Tan Kian Fong, 33 tahun, yang baru memulakan kedai elektronik di kawasan Hutan Melintang, Bagan Datuk, di mana terletaknya kebanyakan perniagaan di kawasan itu.



Dari mukim Hutan Melintang, jalan raya terbentang lebih 30 kilometer (km) ke pantai Bagan Datuk, yang terletak di muara Sungai Perak.



Di sepanjang 30km yang dipenuhi oleh ladang itu, hanya ada satu bank dengan ATM.



Bagan Datuk dikatakan laluan jalan mati di barat daya Perak - negeri keempat terbesar Malaysia. Tetapi, sebenarnya, bukan semua kawasan terputus dari kawasan maju, yang menjadikan kurangnya pembangunannya menjadi semakin ketara.



Hanya 33km ke tenggara merentasi Sungai Bernam yang memisahkan Perak dengan Selangor ialah kawasan pilihan raya Sabak Bernam.



Di timur Bagan Datuk ialah Teluk Intan kira-kira 40km jauhnya, manakala 90 minit panduan kenderaan ke utara ialah Lumut, sebuah lagi kawasan pinggir pantai.



Tiga kawasan itu telah menyaksikan pembangunan stabil dan pesat sejak beberapa dekad lalu.



"Saya rasa ini sebahagiannya kerana kita berada di penghujung jalan," kata Encik Mohd Izlahudin, yang bekerja di sebuah klinik kesihatan awam di sini.



Penduduk berusia 38 tahun itu berharap nasib Bagan Datuk akan berubah apabila jambatan baru yang kini dalam kerja menghubungkan bandar itu ke Sitiawan di Lumut, dan berkemungkinan mengurangkan masa perjalanan penduduk tempatan untuk mendapatkan barangan.



Kekurangan infrastruktur dan pembangunan ditambah pula dengan kekurangan peluang pekerjaan buat golongan muda, telah menyebabkan mereka perlu mencari rezeki di Kuala Lumpur dan kota lebih besar lain di sekitarnya.



Banker yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Encik Sriniwasrao Ramanaidu, 31 tahun, adalah antara ribuan rakyat tempatan yang pulang secara berkala untuk melawat ibu bapa mereka.



"Anda mempunyai kegiatan memancing di sini, anda mempunyai ladang, estet, dan selain itu tidak ada apa-apa. Tidak banyak ekonomi tempatan, tidak ada kilang seperti di Manjung," katanya.



Lawan utama Datuk Ahmad Zahid pada pilihan raya kali ini adalah Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin (Pakatan Harapan), dan beliau telah melahirkan rasa terkejut dengan kekurangan pembangunan di kawasan itu.- ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >