Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bajet 2023: Bantuan harungi ekonomi tidak menentu

u RM7.8 bilion bantuan tunai untuk isi rumah, individu berpendapatan rendah u RM2.5 bilion bantuan kebajikan
Oct 08, 2022 | 05:30 AM



MALAYSIA memperuntukkan RM7.8 bilion ($1.68 bilion) dalam bentuk bantuan tunai untuk isi rumah dan individu berpendapatan rendah, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz semalam dalam ucapan belanjawannya.



Kerajaan Malaysia juga memperuntukkan RM2.5 bilion bantuan kebajikan dalam bajet 2023, katanya.



Malaysia melancarkan bajet yang lebih kecil untuk 2023, mengutamakan disiplin fiskal berbanding langkah populis yang dijangkakan, kerana ia memberi amaran tentang kelembapan ekonomi daripada peningkatan risiko global.



Malaysia bersedia mengurangkan perbelanjaan pada 2023 walaupun pilihan raya umum yang penting dijangka menjelang September, selepas meningkatkan beban hutangnya secara mendalam untuk menyelamatkan ekonomi yang terjejas akibat penutupan Covid-19.



Kerajaan juga menggandakan perbelanjaan untuk bantuan sosial dan subsidi daripada hanya 5.2 peratus ketika Bajet 2022 kepada 11.3 peratus di bawah perbelanjaan mengurus tahun depan.



Langkah itu telah dijangkakan oleh pakar ekonomi memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sudah semakin hampir.



Dalam Belanjawan 2023 kerajaan juga tidak melupakan golongan miskin dan B40 dengan memperuntukkan lebih RM10 bilion pada 2023 membabitkan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), sebanyak RM1 bilion turut diperuntukkan bagi Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM).



'Bantuan itu dijangka mampu memanfaatkan lebih 50,000 isi rumah miskin tegar yang ingin meningkatkan pendapatan mereka melalui keusahawanan dan pertanian.



BMTKM diperkenalkan pada tahun ini dengan peruntukan RM150 juta, namun bagi menyegerakan agenda membasmi kemiskinan tegar, sebanyak RM1 bilion diperuntukkan.



Emolumen untuk perkhidmatan awam negara juga diunjurkan berkurangan walaupun hanya di bawah dua peratus di samping pengagihan pencen. Gaji, elaun dan faedah merangkumi sehingga satu perempat daripada perbelanjaan mengurus.



Sementara itu, peruntukan 2023 untuk dana Covid-19 akan mengambil hanya 1.3 peratus. Di bawah Bajet 2022, peruntukan untuk dana itu adalah hampir tujuh peratus daripada jumlah belanjawan.



Antara manfaat lain Belanjawan 2023 termasuk Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwajibkan 2023.



Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah berhak memperoleh Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sekali sahaja sebanyak RM2,500, hanya sekiranya mereka mempunyai lima anak atau lebih.



Manakala, bagi keluarga yang mempunyai empat anak atau kurang pula, mereka akan menerima antara RM1,000 hingga RM2,000.



Peruntukan RM188 juta pendidikan awal kanak-kanak di bawah KEMAS RM400 juta tambah baik perkhidmatan bas, udara dan feri RM235 juta bagi Dana Pembiayaan Khas Wanita.



Begitu juga belanjawan memperuntukkan RM36.1 bilion kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan 2023 ialah peningkatan terbesar antara kementerian berbanding RM32.4 bilion pada 2022.



"Sungguhpun negara dalam fasa peralihan ke endemik, Covid-19 masih bersama kita. Dalam mengharungi kehidupan mendatang, kerajaan akan terus memantapkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam. Sejumlah RM4.9 bilion disediakan bagi menampung perolehan ubat, vaksin dan bahan guna habis, iaitu meningkat 12 peratus berbanding 2022," kata Datuk Seri Tengku Zafrul.



Bagi sektor pelancongan pula, menurut Datuk Seri Tengku Zafrul kerajaan menyasarkan ketibaan pelancong asing lebih 15 juta orang dengan nilai pendapatan sebanyak RM47.6 bilion pada tahun 2023 selain sebanyak RM200 juta disediakan untuk galakan, promosi dan pemasaran.



Bagi menggalakkan Keluarga Malaysia melancong di destinasi dalam negara, kerajaan turut memperuntukkan RM25 juta bagi menyediakan insentif kepada rakyat dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat bagi penginapan, pakej pelancongan, kraf tangan dan karya seni sehingga RM100.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >