Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bajet 2023 diawalkan, pilihan raya M'sia kian dekat?

Aug 28, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober depan, awal tiga minggu dari tarikh sebenar dilihat sebagai petanda besar Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada November depan.



Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian, berkata pertukaran tarikh pembentangan itu juga adalah isyarat jelas bahawa PRU-15 akan diawalkan pada tahun ini.



Katanya, kemungkinan Perdana Menteri juga akan membubarkan Parlimen selepas pembentangan Bajet 2023 itu selesai atau ketika Dewan Rakyat masih bersidang.



"Ia adalah petanda jelas pilihan raya umum semakin awal dan barangkali akan diadakan sewaktu pembentangan belanjawan itu diadakan. Sekiranya ia berlaku, ia bukan perkara baharu, kerana pada 1999, Parlimen juga dibubarkan sewaktu masih bersidang.



"Ketika itu berlaku zaman reformasi selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir Mohamad memutuskan pilihan raya umum diadakan sebelum tempoh ia matang.



"Ketika itu, Dr Mahathir berasakan PRU perlu diadakan kerana berlaku perpecahan pengundi dalam kalangan penyokong Melayu tetapi sokongan pengundi bukan Melayu begitu ketara," katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).



BHM kelmarin melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mengesahkan Bajet 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober ini diawalkan tiga minggu.



Ia dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober selepas diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet.



Dr Sivamurugan menjelaskan, sekiranya Parlimen dibubarkan, PRU-15 dijangka diadakan pada November depan selepas memberi ruang sekurang-kurangnya 60 hari kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi melakukan persediaan termasuk menyusun tarikh penamaan calon.



"Saya tidak jangkakan tarikh lain atau ia akan dilewatkan kerana negara dijangka diuji dengan kejadian alam seperti banjir di Pantai Timur yang biasa berlaku pada setiap hujung tahun," katanya.



Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof Madya Dr Azmi Hassan, juga bersetuju tarikh pembentangan Bajet 2023 adalah petanda kepada PRU-15 dan akan menjadi perkara penting dalam menentukan tarikh sebenar pilihan raya.



"Lazimnya tarikh belanjawan akan dianjakkan ke belakang tetapi kali ini ia dipercepatkan ke depan pula. Apabila ia dibentangkan, lulus atau tidak, PRU-15 tetap akan diumumkan.



"Jika tidak cukup majoriti luluskan Bajet 2023, ia akan memudahkan lagi Perdana Menteri membuat keputusan. Sekali pun ia lulus, ia tidak akan menyekat Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen," katanya.



Bagaimanapun, beliau menjangkakan Bajet 2023 akan menjadi sesuatu yang sukar untuk disokong oleh Dewan Rakyat, lebih-lebih lagi terdapat isu yang ditimbulkan Bersatu disebabkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.



"Namun Bersatu perlu fikir mengenai persepsi sekiranya mereka tidak menyokong Belanjawan itu. Oleh itu saya turut menjangkakan ia akan diluluskan dengan majoriti yang tipis," katanya. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >