Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bajet 2023 dibentang Jumaat petang, PM Malaysia tak minta bubar Parlimen

Oct 06, 2022 | 11:01 PM



KUALA LUMPUR: Bajet 2023 akan dibentangkan Jumaat petang (7 Okt) oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, seperti dijadualkan dalam aturan urusan mesyuarat Parlimen.


Ini kerana Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk membubarkan Parllimen  ketika majlis menghadap di Istana Negara pada Khamis petang (6 Okt).


Istana Negara dalam kenyataan di Facebook Khamis malam, memaklumkan  Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri untuk mesyuarat pra-Kabinet.



Menurut kenyataan itu, mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Agong untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.


Perkembangan terbaru itu, meredakan seketika desas desus dan spekulasi kononnya Parlimen  akan dibubarkan Khamis petang atau Jumaat pagi (7 Okt), sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadual  4 petang Jumaat. – BHM

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >