Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS bakal tamatkan darurat Covid-19

Feb 1, 2023 | 5:30 AM
PELONGGARAN KAWALAN: Amerika ingin beralih ke arah melonggarkan langkah pengawalan secara beransur pascapandemik. - Foto EPA-EFE
PELONGGARAN KAWALAN: Amerika ingin beralih ke arah melonggarkan langkah pengawalan secara beransur pascapandemik. - Foto EPA-EFE -

WASHINGTON: Amerika Syarikat akan menamatkan darurat kecemasan Covid-19 mulai 11 Mei depan, sebagai langkah terbaru menandakan pentadbiran Rumah Putih sedang melonggarkan kawalan terhadap jangkitan virus itu.

Penguasa kecemasan dan kesihatan kebangsaan negara itu akan melaksanakan langkah tersebut dan kemudian dijangka akan memansuhkan darurat tersebut selepas tarikh yang ditetapkan itu.

Demikian menurut satu kenyataan pentadbiran Amerika Syarikat yang dikeluarkan kelmarin, bagi Rang berkaitan langkah tersebut.

Langkah itu disifatkan sebagai satu kemajuan penting dalam menangani isu virus corona, yang diusahakan sepanjang minggu oleh pentadbiran Presiden Joe Biden.

Rumah Putih mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai respons terhadap saranan yang diajukan oleh parti Republikan dalam Dewan Perwakilan.

Pentadbiran Encik Biden mengatakan bahawa ia "membantah keras" usul bagi rang menguatkuasakan langkah membuat ikrar kecemasan Covid-19, dan sebaliknya akan memberi lebih banyak masa hingga Mei depan bagi membuat sebarang perubahan.

Respons Amerika terhadap pandemik adalah untuk beralih ke arah melonggarkan langkah pengawalan secara beransur.

Sekitar 500 orang dikatakan tenat setiap hari akibat jangkitan Covid-19, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Pada masa yang sama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kelmarin bahawa syarat membuat perisytiharan kesihatan kecemasan masih lagi diperlukan.

Keputusan agensi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) itu dibuat selepas satu mesyuarat mengenai Covid-19 yang diadakan pada Jumaat lalu.

Pengarah Agung WHO, Encik Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata beliau berharap "dunia akan beralih ke fasa baru" pada masa akan datang. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg