AS bakal umum sekatan beberapa minggu lagi, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

PEMBUNUHAN WARTAWAN JAMAL KHASHOGGI

AS bakal umum sekatan beberapa minggu lagi

Nov 03, 2018 | 05:30 AM

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Mike Pompeo, kelmarin mengumumkan bahawa tinggal "beberapa minggu lagi" sebelum Amerika mempunyai cukup bukti bagi mengenakan sekatan sebagai respons terhadap pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi, di konsulat kerajaan itu di Istanbul, Turkey.

Encik Pompeo, dalam temu bual bersama radio KMOX di St Louis berkata, Presiden Donald Trump telah menekankan Washington akan memberi respons terhadap pembunuhan itu.

Beliau berkata pentadbiran itu sedang "mengkaji mengenakan sekatan terhadap individu yang kami dapat kenal pasti sejauh ini... terlibat dalam pembunuhan itu".

"Kami mungkin mengambil masa beberapa minggu lagi sebelum mempunyai bukti mencukupi untuk benar-benar mengenakan sekatan itu tetapi saya fikir kami akan dapat mencapainya," ujar Encik Pompeo.

"Kami akan mencari corak faktanya," kata beliau.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Presiden berkata kami akan menuntut kebertanggungjawaban bagi mereka yang terlibat dalam melakukan jenayah kejam ini."

Walaupun menekankan bahawa Amerika tidak menyetujui pembunuhan Encik Khashoggi, Encik Pompeo berkata, negara itu mempunyai "hubungan strategik jangka panjang yang mendalam" dengan Arab Saudi dan "kami berhasrat memastikan hubungan tersebut tetap utuh".

Mantan menteri perisikan Arab Saudi, Putera Turki bin Faisal al-Saud, berkata pada Rabu lalu bahawa bantahan di Amerika memburukkan negaranya berhubung pembunuhan Encik Khashoggi mengancam akan mengganggu hubungan strategik antara dua negara itu.

"Kami menghargai hubungan strategik kami dengan Amerika dan berharap dapat mengekalkannya. Kami berharap Amerika membalas dengan baik," kata Putera Turki, seorang kerabat diraja, dalam ucapannya di Majlis Nasional mengenai Hubungan Amerika-Arab, sebuah pertubuhan tidak mencari untung.

Encik Khashoggi pergi ke konsulat itu pada 2 Oktober lalu bagi mendapatkan dokumen berkahwin tetapi tidak keluar darinya.

Riyadh pada mulanya menafikan memainkan sembarang peranan dalam kehilangannya, tetapi di bawah tekanan pihak berkuasa Turkey, akhirnya mengenal pasti 18 suspek yang membunuh beliau.

Arab Saudi berkata mereka akan menghadapi keadilan ddi negara itu.

Ankara berulang kali meminta mereka diekstradisi ke Turkey untuk dibicara.

Turkey kelmarin mendesak pihak berkuasa Arab Saudi agar memberitahu mereka di mana mayat Encik Khashoggi. - Reuters.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map