Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Bala timpa pelancong apabila cenuram runtuh di tasik Brazil

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Bala timpa pelancong apabila cenuram runtuh di tasik Brazil

Jan 10, 2022 | 05:30 AM

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan tiga lagi hilang selepas sebuah cenuram runtuh dan menimpa bot yang membawa pelancong di tasik sekitar Brazil, kelmarin.

Menurut agensi berita AFP, pasukan penyelamat termasuk skuad penyelam dan anggota Tentera Laut Brazil bergegas ke Tasik Furnas di Minas Gerais dan bertemu dengan beberapa pelancong yang panik kerana tidak dapat berbuat apa-apa tatkala cebisan batu besar daripada sebuah gaung jatuh menimpa tiga bot.

Jurucakap pasukan bomba Minas Gerais, Encik Pedro Aihara, mengesahkan kematian tujuh individu, manakala tiga yang lain hilang pada malam kelmarin.

Pihak berkuasa menambah, lagi 32 orang cedera, termasuk sembilan individu yang perlu digegaskan ke hospital.

Pada awalnya, pasukan bomba Minas Gerais menyatakan 20 orang hilang tetapi angka itu berkurangan setelah mereka diberitahu bahawa sebahagian besar mangsa yang dikatakan hilang itu telah berkunjung ke hospital sendiri, jelas Encik Aihara dalam pesanan audio yang dikirimkan kepada wartawan.

Pelancong dikatakan gemar mengunjungi Tasik Furnas untuk melihat tembok batu, gua dan air terjun yang mengelilingi kawasan perairan berwarna hijau di tasik tersebut. Terdapat ampangan hidroelektrik di situ juga.

Video dramatik kejadian itu tersebar luas di media sosial dengan detik menggerunkan apabila cebisan cenuram itu jatuh menimpa tiga bot itu terakam.

Satu lagi video di media sosial menunjukkan detik seminit sebelum kejadian, di mana beberapa orang memberi amaran terdapat banyak batu kecil yang jatuh. Mereka berteriak ke arah penumpang bot lain agar menjauhi tembok batu itu.

Presiden Brazil, Encik Jair Bolsonaro, mengirim semula beberapa video yang dimuatnaikkan di Twitter di akaun peribadinya dan memaklumkan bahawa sejurus musibah itu berlaku, Tentera Laut Brazil bergegas ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa dan menghantar individu cedera ke hospital.

Misi pencarian kumpulan penyelam terjejas kelmarin atas sebab keselamatan dan disambung semula pagi semalam, sementara penyelamat lain meneruskan kerja mereka di tapak kejadian.

Menurut pasukan bomba, hujan lebat yang turun sejak beberapa hari di bahagian tenggara Brazil kemungkinan besar merupakan punca keruntuhan cenuram itu. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3