SPH Logo mobile
Langgan|

Bali 'Nyepi', Internet diarah henti sementara

Bali 'Nyepi', Internet diarah henti sementara

Mar 17, 2018 | 5:30 AM

Bali 'Nyepi', Internet diarah henti sementara

ACARA TAHUNAN: Penganut Hindu di Bali mengadakan upacara keagaamaan di pantai Petitenget di Bali sempena Hari Nyepi semalam. - Foto AFP
ACARA TAHUNAN: Penganut Hindu di Bali mengadakan upacara keagaamaan di pantai Petitenget di Bali sempena Hari Nyepi semalam. - Foto AFP -

JAKARTA: Pemerintah Indonesia telah mengarahkan pembekal telekomunikasi menghentikan sementara perkhidmatan Internet di Bali hari ini bagi menghormati sambutan Hari Nyepi.

Ketika sambutan tahunan itu, kebanyakan aktiviti di pulau peranginan yang popular dengan pantai dan candi tersebut lazimnya serta-merta dihentikan.

Seluruh pulau akan berada dalam keadaan senyap sunyi, termasuk penutupan operasi lapangan terbang antarabangsanya.

Sebelum ini, pelancong luar akan menyaksikan keunikan budaya orang tempatan sempena Hari Nyepi iaitu mereka hanya duduk di dalam rumah, dan pada sebelah malamnya, kediaman mereka hanya diterangi cahaya lilin.

Pelancong asing masih boleh berjalan di kawasan terbuka, tetapi mereka dilarang membuat bising mahupun melakukan sebarang aktiviti besar.

Namun, ini kali pertama pembekal Internet diminta menutup data selular.

Hal tersebut disahkan oleh Telkomsel, iaitu syarikat pembekal rangkaian mudah alih terbesar negara itu.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Komunikasi memberitahu, pemimpin agama di Bali telah merayu penutupan Internet selama 24 jam bermula 6 pagi hari ini.

"Kami telah mengarahkan semua pembekal telekomunikasi agar mengambil langkah sama bagi menyokong rayuan pemimpin agama tersebut.

"Mereka juga harus mengambil langkah memastikan kualiti akses Internet di lokasi-lokasi penting," ujar kenyataan itu.

Pengarah dan Presiden Smartfen, Encik Merza Fachys, berkata lokasi penting yang dimaksudkan adalah seperti hospital, bank dan beberapa tempat awam.

"Kami akan cuba sedaya upaya memenuhi permintaan pemimpin agama di Bali," tambahnya.

Sementara itu, masih belum jelas sama ada akses Internet di hotel dan kafe masih boleh beroperasi seperti biasa.

Hari Nyepi merupakan acara peringatan tahun baru Saka berdasarkan kalendar Bali.

Kalendar ini adalah yang telah diubah suai daripada Kalender Saka yang berasal dari India, dengan tambahan elemen masyarakat tempatan.

Dalam kalender Gregorian, Hari Nyepi selalu jatuh antara Mac dan April.

Pada tahun ini, Hari Nyepi disambut pada 17 Mac.

Hari Nyepi diraikan oleh penganut Hindu di Indonesia, khususnya di Bali.

Nyepi berasal dari perkataan 'sepi' yang bermaksud sunyi dan masyarakat Hindu pada hari tersebut tidak melakukan sebarang kegiatan pada hari suci itu.

Di Bali, kemeriahan di pulau peranginan popular itu seolah-olah terhenti selama 24 jam setiap kali tiba Hari Nyepi. - Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg