Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bali sunyi rai hari Nyepi

Mar 22, 2023 | 03:47 PM



BALI: Tiada internet.


Tiada membeli-belah.


Tiada penerbangan.


Pada Rabu (22 Mac), pulau peranginan Indonesia, Bali sunyi-sepi, sedang para penduduk tempatan dan pengunjung - menyambut hari Nyepi, iaitu Tahun Baru bagi orang Bali.


Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, yang mengendalikan sekitar 50,000 penumpang domestik dan antarabangsa setiap hari, berkata, ia ditutup kepada semua perjalanan udara, kecuali darurat, dari subuh Rabu hingga terbit matahari pada Khamis.


Bank Indonesia berkata, perkhidmatan bank, termasuk mesin pengeluaran wang tunai ATM, tidak boleh digunakan sepanjang 48 jam bermula tengah hari Selasa.

Pemerintah Bali mengarahkan stesen penyiaran dan perkhidmatan internet dihentikan.


Selain meminta para penduduk menyiapkan lebih awal bagi bekalan makanan, wang tunai dan petrol serta lain-lainnya untuk bertahan hingga Khamis, hari Nyepi tahun ini lebih istimewa, kerana buat pertama kali dalam masa empat tahun, orang-orang Bali menyambutnya tanpa sekatan pandemik Covid-19.


Semasa Bali ditutup kepada para pelancong gara-gara pandemik 2020, para pegawai melarang perarakan dan perayaan tradisional menjelang hari Tahun Baru Bali dan menyeru orang ramai berdiam di rumah.


“Tahun ini, kami merayakan Nyepi tanpa sebarang sekatan seperti yang pernah kami alami semasa pandemik,” kata Encik Nyoman Kenak, pengerusi cawangan Bali, Majlis Agama Hindu Indonesia, kepada akhbar The Straits Times.


Pada hujung minggu, penganut Hindu, berduyun-duyun menuju ke pantai pulau peranginan itu, bagi merayakan Melasti – satu perayaan menyucikan alam semesta.


Pada malam sebelum hari Nyepi, para penduduk di kampung-kampung menyediakan patung “ogoh-ogoh” menurut kepercayaan Hindu, dan di arak sekeliling pulau itu.


Bagi sebahagian penduduk Bali, inilah masanya bagi mereka merayakan sesuatu dengan tidak terlalu terikat dengan aturan keagamaan.


Setibanya di ibu pejabat sebuah kampung, dengan bungkusan makanan, Encik I Made Sastrawan, 57 tahun, kagum melihat patung-patung yang pelik dan menakutkan, dan beliau kurang mengerti, dari mana asal rekaan patung tersebut.


“Saya fikir, ia adalah ciri-ciri campuran,” kata Encik I Made, yang mengenakan pakaian tradisional, kain sarung putih, dan songkok.


“Kami gembira, akhirnya kami dapat mengadakan perarakan ogoh-ogoh. Dah lama juga kami tidak dapat berbuat demikian.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >