SPH Logo mobile
Langgan|

Bandar Gaza terus bergolak, penduduk buntu lari tanpa hala tuju

Bandar Gaza terus bergolak, penduduk buntu lari tanpa hala tuju

Sep 19, 2025 | 2:13 PM

Bandar Gaza terus bergolak, penduduk buntu lari tanpa hala tuju

Penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal, melarikan diri dari utara Gaza susulan operasi ketenteraan Israel, membawa barangan mereka ke selatan selepas tentera Israel mengarahkan penduduk Gaza berpindah, di tengah Bandar  Gaza. 
Penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal, melarikan diri dari utara Gaza susulan operasi ketenteraan Israel, membawa barangan mereka ke selatan selepas tentera Israel mengarahkan penduduk Gaza berpindah, di tengah Bandar Gaza.  - Foto REUTERS

BANDAR GAZA: Kereta kebal dan jet pejuang Israel menggempur Bandar Gaza pada Khamis, 18 September, memaksa ribuan penduduk Palestin melarikan diri ke selatan. Tentera Israel mengesahkan empat askarnya terbunuh dalam operasi darat besar-besaran itu.

Berbanding arahan berpindah tentera Israel yang terdahulu, kali ini tiada khemah, pengangkutan atau tempat tinggal disediakan, membuatkan pelarian buntu mengenai hala tuju mereka di kawasan yang terkepung itu.

Wartawan AFP dan saksi melihat aliran berterusan penduduk bergerak dengan berjalan kaki, menaiki kenderaan dan pedati ditarik keldai, sarat dengan barangan. Namun, tiada khemah atau perlindungan disediakan.

“Serangan tentera dan arahan pemindahan mencetuskan gelombang baharu pelarian,” kata seorang saksi. Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh di luar Hospital al-Shifa dan beberapa lagi di sekitar Hospital al-Ahli. - Agensi berita

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg