Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bangkai penyu hijau ditemui selepas dibunuh dengan kejam

Oct 6, 2021 | 5:30 AM
DIBUNUH KEJAM: Keadaan beberapa bangkai penyu hijau yang ditemui di perairan Pantau-Pantau, Pulau Bum-Bum, Semporna. - Foto PGA/BHM
DIBUNUH KEJAM: Keadaan beberapa bangkai penyu hijau yang ditemui di perairan Pantau-Pantau, Pulau Bum-Bum, Semporna. - Foto PGA/BHM -

KOTA KINABALU: Sebanyak 11 bangkai penyu hijau ditemukan di perairan Pantau-Pantau, Pulau Bum-Bum, Semporna, pada Sabtu lalu selepas dibunuh dengan kejam dengan dagingnya dilapah, dimasak sebelum dikumpulkan di dalam guni.

Malah, semua bangkai penyu hijau berkenaan dibiarkan mereput dengan perut terburai dibuang merata tempat.

Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah, Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Abdul Rani Alias berkata, semua bangkai berkenaan ditemui sekitar 6 pagi dalam operasi Op Bersepadu Khazanah, bersama Jabatan Hidupan Liar dan Jabatan Perhutanan.

Katanya, sebaik semua bangkai berkenaan ditemui, pasukan operasi turut menemukan karung berisi isi penyu yang sudah dimasak, bangkai penyu dan peralatan memasak.

"Pemeriksaan di sekitar lokasi tidak menemui suspek yang dipercayai terbabit dalam aktiviti berkenaan," katanya ketika dihubungi Berita Harian Malaysia (BHM) pada 2 Oktober lalu.

SAC Abdul Rani berkata semua penemuan termasuk peralatan memasak kemudiannya dirampas sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM8,200 ($2,670) berdasarkan harga pasaran semasa.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar (EPHL) 1997," katanya. - BHM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg