SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Bangkok bandar paling dikunjungi

Bangkok bandar paling dikunjungi

Sep 5, 2019 | 9:26 AM

Bangkok bandar paling dikunjungi

BANDAR PALING DIKUNJUNGI: Bangkok menduduki tempat pertama pada 2018 untuk empat tahun berturut-turut sebagai bandar yang paling dikunjungi pelancong. -Foto AFP.
BANDAR PALING DIKUNJUNGI: Bangkok menduduki tempat pertama pada 2018 untuk empat tahun berturut-turut sebagai bandar yang paling dikunjungi pelancong. -Foto AFP. -

NEW YORK - Bangkok menduduki tempat pertama pada 2018 untuk empat tahun berturut-turut sebagai bandar yang dikunjungi paling ramai pelancong, menurut laporan tahunan Mastercard yang dikeluarkan pada Rabu (4 September).

Dengan hampir 23 juta pelancong antarabangsa pada 2018, ibu kota Thailand itu menewaskan kota Paris dan London, yang menduduki tempat kedua dan ketiga dengan sekitar 19 juta pelancong.

Bandar-bandar lain yang menerima jumlah pelancong yang banyak termasuk: Dubai, Singapura, Kuala Lumpur, New York, Istanbul, Tokyo dan Antalya, Turki.

Secara keseluruhan, laporan tersebut menunjukkan peningkatan dalam jumlah pelancongan antarabangsa, dengan jumlah kunjungan antarabangsa meningkat 76 peratus sejak 2009.

Dalam senarai bandar sepuluh teratas, sembilan di antaranya menyaksikan peningkatan dalam jumlah pelancong pada 2018 berbanding tahun sebelumnya.

Sebaliknya, London mengalami kemerosotan jumlah pelancong sebanyak 4 peratus.

Dari segi perbelanjaan, Dubai menduduki tempat teratas dalam senarai tersebut, di mana secara purata, pelancong membelanjakan AS$553 (S$ 765) setiap hari.

Pada 2018, pelancong ke Dubai telah berbelanja sebanyak AS$31 bilion (S$41.5 bilion).

Kota Mekah di Arab Saudi dan Bangkok menduduki tempat kedua dan ketiga dalam senarai perbelanjaan oleh pelancong.

Ditubuhkan pada 2011, senarai Bandar Destinasi Antarabangsa mencatat prestasi 200 bandar di seluruh dunia berdasarkan jumlah pelancong yang tiba dan perbelanjaan merentas sempadan yang dibelanjakan pelancong. -Agensi Berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg