Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bangkok diselimuti jerebu tebal sedang mutu udara capai paras tidak sihat

Feb 03, 2023 | 05:30 AM



BANGKOK: Jerebu tebal menyelubungi ibu kota Thailand ini sejak kelmarin, sedang pencemaran udara di kota itu mencecah pa-ras tidak sihat.



Sekitar 70 stesen pemantau mutu udara mencatatkan pencemaran udara berada pada paras tidak selamat di Bangkok hingga 7 pagi kelmarin.



Pusat Kawalan Mutu Udara Bangkok mengatakan beberapa stesen lagi dijangka mencatatkan keadaan sama.



Empat stesen mengesan amaran "merah" dengan paras PM2.5 - zarah halus habuk di udara yang boleh menembusi jauh ke dalam paru-paru dan, dengan pendedahan yang berpanjangan, menyebabkan kematian pramatang akibat penyakit paru-paru dan jantung, terutamanya dalam kalangan warga emas dan mereka yang mempunyai komplikasi kesihatan.



Gabenor Bangkok, Encik Chadchart Sittipunt, berkata paras debu yang tidak sihat ini dijangka berterusan hingga hari ini.



Ini disebabkan keadaan udara yang tidak beredar, dan pembakaran kawasan pertanian dan hutan.



Hingga 6 petang kelmarin, Indeks Mutu Udara Bangkok (AQI) mencatatkan bacaan 166 IQAir, menurut Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) selaku rakan teknologi pusat pemantau udara negara itu.



Bacaan pada AQI melebihi paras 100 disifatkan sebagai tidak sihat.



Paras melebihi 200 disifatkan sebagai sangat tidak sihat, sementara melebihi 300 menandakan keadaan berbahaya.



Paras PM2.5 melebihi 50 mikrogram bagi setiap meter padu udara (ug/m3) disifatkan sebagai tidak selamat.



Paras "merah" pula merujuk kepada PM2.5 melebihi 90 µg/m3.



Encik Chadchart menasihatkan orang ramai supaya memakai pelitup apabila berada di luar bangunan, dan mengelakkan daripada melakukan aktiviti di luar.



Beliau juga menasihatakan orang ramai supaya bekerja dari rumah. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >